Julai 27, 2009

(Konterversi) Siapa tiru siapa? - Radio Era dilabel stesen ciplak !!

KERATAN akhbar Kosmo! keluaran 15 Julai lalu.

Nampaknya Konterversi Radio ERA dan Sinar FM Masih Panas di pasaran..Berikut Statement Orang Penting ERA En Nazri !!

"Sudah lama radio lain di bawah AMP selain ERA yang mengamalkan muzik tanpa henti. Cuma kami tidak pernah menguar-uarkan perkara ini kepada pendengar.

"Stesen radio itu tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa ERA meniru idea mereka. Padahal Hitz.fm dan Light.fm sebelum ini sudah melaksanakan perkara sama sejak bertahun-tahun lamanya.

"Malah hingga ke waktu ini stesen-stesen radio di bawah AMP ini masih menjalankan format sama. Kami sudah buat bermacam-macam kelainan. Tiada kata yang boleh mengaitkan ERA menciplak idea mereka.

"Macam saya katakan tadi, benda ini sudah lama diaplikasikan sejak tahun 1997 oleh AMP. Lantaran itu, saya tidak mengambil kisah jika ERA dituduh mengambil konsep radio tersebut," katanya dalam nada tenang serta bersahaja.


PENYAMPAI radio Era, Aznil dan Din Beramboi bergambar bersama penaja dan peserta program selepas penyerahan papan poster Program Riuh Sana Sini Era di Kuala Lumpur baru-baru ini.