Julai 27, 2009

(Gossip) Taufik Batisah Di tuduh PLAYBOY !!


Betul ker artir singapura ni Playboy? desas desus mengenai artis seberang nie ramai awek memang tersebar di media cetak dan elektronik..Kesahihan belum dapat dipastikan..Apa Pun U alls layan la gambar artis Kacak dan bergaya dari seberang ni..



Berikut Statement Dari Artis Ni..

"Selepas saya diumumkan sebagai juara Singapore Idol musim pertama pada tahun 2004, pelbagai gosip ditujukan kepada saya tanpa henti.

"Memanglah saya rasa gelisah serta terluka apabila dihampiri cerita-cerita yang tidak berasas sambil dilabelkan itu dan ini lebih-lebih lagi ia melibatkan nama baik saya dan keluarga.

"Namun selepas beberapa tahun berlalu maka saya sudah mampu membiasakan diri apabila diterjah dengan gosip lain yang mendatang.

"Saya turut mempelajari bahawa gosip ibarat sebahagian daripada asam garam yang perlu dilalui dalam kehidupan dunia selebriti.

"Justeru saya sekadar membiarkan gosip yang timbul berlalu begitu saja. Orang lain ada pendapat masing-masing lantas saya juga kena faham keadaan ini walaupun saya sendiri berasa tidak selesa.