Januari 06, 2010

(Cerita Artis) Mawi Buka Kedai Makan ‘Lambai-Lambai’


Nampaknya anak kelahiran Kulai Johor ini maju setapak lagi dalam industri perniagaan bersama isteri tersayang.Berita terbaru yang Zoom baca pasangan ini membuka Medan Selera.

"Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dulu kawasan ini kosong tidak diusahakan jadi saya ambil peluang ini untuk buka kedai sebab lokasinya juga agak strategik,
" ujar Mawi.

inilah kata-kata anak muda ini mengenai lokasi Tapak medan selera yang akan dibangunkan yang kini sudah menelan belanja RM 40,000. Mari kita Zoom "statement" Mawi Akademi Fantasia ini



Baca Selanjutnya

"Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini.

Menurutnya, kedai tersebut boleh memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga.

"Setakat ini sudah hampir RM40,000 telah dibelanjakan dan banyak juga proposal daripada peniaga yang saya terima," ujarnya yang bakal menerbitkan telefilem bertajuk Jiwa Kacau di Astro Prima dan akan disiarkan pada akhir Januari ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang perancangan untuk menimang cahaya mata tahun ini, Mawi berkata, dia hanya menyerahkan semuanya kepada Allah.

"Saya tidak merancang apa-apa, sekarang masih muda, saya ingin tumpu perhatian dalam karier terlebih dahulu dan tidaklah terlalu mengharap dalam jangka masa terdekat ini.

"Tapi kalau boleh saya mahu anak kembar macam isteri saya," ujar Mawi yang juga akan menerbitkan drama episod berjudul Cinta Nami Island dan Gincu Cikgu Salbiah.

Zoom: semoga berjaya menimang anak kembar !!