Baca Selanjutnya
"Saya akui dulu saya dan Erra sangat rapat dan kami banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama. Apa sahaja masalah atau cerita, sama ada berkaitan karier ataupun peribadi, kami pasti bercerita antara satu sama lain. Namun, masa terus berlalu dan kami sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan hubungan yang rapat satu waktu dulu menjadi renggang secara sendiri, tanpa kami sedari. Terus-terang saya kata, kami semakin jauh bukan kerana pergaduhan ataupun bersilisih pendapat. Kerjaya seni Erra semakin berkembang dan saya pula sibuk dengan keluarga dan kerja belakang tabir, mungkin faktor-faktor itulah yang merenggangkan kami,"kata Didie yang kali terakhir akrab dengan Erra sebelum aktres itu berkahwin dengan Yusry pada tahun 2003.
Setelah bertahun-tahun membawa haluan masing-masing, dua teman lama ini bakal bertemu kembali dalam sebuah telefilem terbaru arahan Michael Ang, Pontianak Kampung Batu yang akan memulakan penggambarannya esok (hari ini). Memainkan watak sebagai pontianak, Didie dan Erra bakal bergandingan sebagai musuh antara satu sama lain dalam drama komedi seram ini. Didie berkata, setelah hampir 20 tahun mengenali Erra, ini adalah kali pertama dia dan primadona filem itu bersatu di dalam projek drama.
"Apabila Michael menawarkan saya watak ini dan memberitahu saya akan bergandingan dengan Erra, saya cukup teruja dengan peluang ini. Maklumlah, saya ini bukan pelakon popular, orang sering sinonimkan saya dengan komedi saja. Bila dapat tawaran begini dan dapat bergandingan dengan Erra dalam satu drama, tentulah saya gembira,"ujar Didie berseloroh.
Zoom: Sama-sama kita tunggu dan lihat !!!!