Tahun lalu heboh semasa Faizal Tahir di tahan di KLIA kerana masih mempunyai hutang dengan PTPTN semasa belajar.Kali ini heboh pula sebab seorang artis bernama Puteri Sarah Liyana menerima nasib yang sama malah lebih teruk lagi pasportnya ditahan untuk satu tempoh tertentu.
Mari kita ZoOm kisah anak gadis ini yang hampa kerana tidak dapat bercuti di Thailand kerana hutang PTPTN...Walaupun ingin membayar semua hutang tersebut !!!!!
Baca Selanjutnya
"Waktu pemeriksaan di imigresen, mereka melarang saya untuk ke luar negara kerana nama telah disenaraihitamkan oleh pihak PTPTN.
"Saya sangka ketika kami cuba berunding dengan mereka (imigresen) untuk bayar semua pinjaman itu serta-merta, mereka akan memadamkan nama saya dari senarai hitam.
"Jadi, dapatlah juga saya ikut keluarga pergi bercuti. Malangnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila pasport saya juga dirampas.
"Saya dilarang untuk ke luar negara selagi urusan pembayaran balik pinjaman itu tidak diuruskan dengan PTPTN. Akhirnya, saya terpaksa akur melihat keluarga dan bagasi berlepas ke Krabi tanpa saya," katanya sambil ketawa.
Malah, Sarah turut mengakui, ayahnya cuba untuk membayar seluruh jumlah wang pinjaman sebanyak RM15,000, di tempat kejadian juga.
Bagaimanapun, urusan pembayaran tidak boleh dilakukan serta-merta di KLIA. Sebaliknya, Sarah diminta untuk datang ke ibu pejabat perbadanan itu berserta dokumen yang berkaitan.
"Semalam (kelmarin), saya dan ibu telah pergi ke pejabat PTPTN untuk bayar separuh daripada jumlah pinjaman itu.
"Tetapi, pasport saya masih lagi ditahan dan terlalu banyak proses yang perlu dilalui sebelum pihak berkaitan memutuskan untuk memulangkan semula pasport di satu tarikh yang ditetapkan kemudian," ujar Sarah dalam nada terkilan.
Selain Faizal dan Sarah, sebenarnya ramai lagi artis muda Malaysia yang berpendapatan mencecah lima angka turut menerima nasib yang sama ekoran kealpaan masing-masing dalam melunaskan tanggungjawab itu.
Zoom: apa kata anda? kalau ZooM...bayarlah PTPTN !!!