Januari 05, 2010

(Gossip) Azharina Janda Sabah tidak akan cari pengganti tahun ini !!


Macam-macam andaian dan pendapat yang dibuat oleh penulis untuk di kongsi bersama dengan pembaca di luar sana, tetapi tanpa maklumat mereka tidak dapat menghabiskan "Task" yang patu disiapkan. Berdasarkan tajuk di akhbar online dan akkhbar tempatan sudah cukup memberi gambaran mengenai seseorang tanpa mengenal pasti atau menilai.Tetapi kadang kala seseorang akan terlepas cakap atau tidak sedar ayat yang dikeluarkan dari mulut boleh membinasakan.

Apa-apa pun mari kita lihat dan baca kisah artis yang bergelar janda dari Sabah ini...



Baca Selanjutnya

Azharina atau mesra disapa Nina ini sudah lali dengan cemuhan dan fitnah yang pernah singgah dalam hidupnya. Hampir dua tahun bergelar janda setelah perkahwinannya dengan usahawan Datuk Shukri Mohamed gagal bertahan, Nina sudah semakin kuat untuk meneruskan hidupnya seorang diri. Nina tidak langsung terfikir untuk mencari kekasih dan nekad untuk memulakan tahun baru ini dengan meletakkan komitmen yang tinggi terhadap bisnes dan karier seninya.


"2010 akan menjadi tahun yang cukup sibuk untuk saya dan memang saya tidak akan ada masa untuk memikirkan soal kekasih atau kahwin. Belum terbuka hati untuk mencari pengganti. Nak kata serik untuk bercinta, tidak juga. Tapi dengan macam-macam kontroversi yang pernah berlaku, buatkan saya malas untuk fikir tentang perkara ini. Mungkin juga belum ada lelaki yang benar-benar menambat hati saya. Lagipun, saya tidak tahulah kalau ada lelaki yang tahan dengan diri saya yang workaholic ni,"
ujar Nina dalam nada ceria.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, agenda untuk tahun 2010 ini sudah mula dipenuhi dengan perancangan mengembangkan lagi dua buah syarikatnya iaitu Azharina Entertainment dan Top 3 Production Sdn.Bhd. Kata Nina, berkat hasil titik peluhnya selama ini, dia sudah mampu membeli dua buah bangunan di Puchong dan akan memindahkan dua pejabat syarikatnya itu ke bangunan tersebut pada bulan hadapan.

Zoom: Semoga berjaya....Apa kata anda ?