November 07, 2009

(Cerita Artis) Ikin Gugur Kali Ke- 2 !!!


Kesian kat isteri mawi ni, baru je zoom "post" berita banglo mewah pasangan ini. Tak sangka pula dalam diam-diam ada kisah sedih mendatang.!!! Apa-apa pun cerita selanjutnya ada di bawah nie..!! zoom ambik dari Bharian tadi..!!! Harap-harap yang Ke-3 Ok la..tak pun pergilah berubat mana-mana tempat yang patut..!!!



Baca Selanjutnya

Dalam bercerita mengenai detik-detik gembira bersama, pasangan itu mendedahkan untuk kali kedua, Ekin disahkan keguguran kandungan yang baru memasuki usia tiga minggu pada Ogos lalu.

Enggan memberitahu umum mengenai berita sedih itu pada awalnya, pasangan ini lebih selesa merahsiakannya buat sementara agar emosi masing-masing kembali tenang.

Kehadiran pelakon dan penyanyi Erra Fazira merupakan hadiah istimewa Mawi buat Ekin.

"Saya memang sedih, dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Cuma yang pasti, Ekin menerima kesan yang mendalam. Masa pertama kali gugur, tak adalah risau sangat, tapi bila gugur buat kali kedua, dia risau jika sesuatu yang buruk akan berlaku.


"Dia mendapat tahu berita itu ketika saya berada di luar rumah dan masa itu dia bersama Ain, menangis-nangis.


"Kami pun tahu tentang kandungan itu melalui pemeriksaan sendiri dan bila lihat positif, rasa seronoklah. Masa bercuti di Korea lagi dia dah mula rasa sakit-sakit perut.
"Tak sangka pula bila buat pemeriksaan, doktor sahkan Ekin keguguran,"
kata Mawi lagi.

Sedikit terganggu emosi dengan berita tersebut, bagaimanapun, pasangan ini tidak pernah berputus asa untuk menanti rezeki anak di masa akan datang.

Apa Komen anda !!!?