Inilah gambar permata hati Tomok dan isteri beliau yang kini berusia dua bulan (menurut sumber yang Zoom baca). Arrianshah nama diberi, memberi seribu erti buat insan-insan yang mengenali dan mempunyai hubungan dengan si kecil ini.
Memaparkan catatan dengan label Tomok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tomok. Papar semua catatan
Julai 23, 2012
Gambar Terbaru Arrianshah Anak Tomok Berusia Dua Bulan
Mei 30, 2012
Berita Artis : Tomok Kini Menjadi Ayah | Gambar Anak Tomok
Alhamdulillah kini Tomok dan isteri beliau yakni Ayu, kini bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki seberat 3.3kg pada 6.30 semalam. Bayi lelaki yang belum diberi nama menjadi perhatian ketika Tomok berkongsi bersama peminat beliau dilaman akaun Twitter beliau semalam.
ZoOM mewakili admin dan pembaca di ZoOMartis mengucapkan tahniah dan semoga anugerah dan rezeki daripadanya akan membawa seribu makna buat Tomok dan isteri.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Mei 10, 2012
Filem Mantera Lakonan Tomok Di Pawagam |Sinopsis Mantera | Video Mantera
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.
Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik.
"Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya.
"Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online.
Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu.
Mac 19, 2012
Gambar Comel Isteri Tomok Tengah Mengandung Anak Sulung
Alahai
comelnya dan bahagianya pasangan ini, apatah lagi disaat mengandungkan
anak sulung mereka yang dijangka akan menghiasi hidup mereka tidak lama
lagi. Hari demi hari berlalu dengan penuh indah bagipasangan ini.
Alahai comelnya dan bahagianya pasangan ini, apatah lagi disaat mengandungkan anak sulung mereka yang dijangka akan menghiasi hidup mereka tidak lama lagi. Hari demi hari berlalu dengan penuh indah bagipasangan ini.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Oktober 26, 2011
Isteri Tomok Mengandung | Anak Tomok
Sekadar Hiasan..
Info daripada Twitter Tomok :
Mei 30, 2011
Siti Rahayu Pramugari MAS Yang Comel Dan Ayu Pilihan Tomok !
Inilah gambar bakal isteri Tomok jika anda Di ZoOMartis nak tau, cantik dan ayu sesuai dengan title dan dimana beliau berkerja. Untuk pengetahuan anda semua bakal isteri Tomok ni Pramugari MAS yang berjaya memikat hati Tomok.
Nama sebenar kekasih dan bakal Tomok ni Siti Rahayu Abas, 32 maksudnya Tomok mudah sikit sebab baru berusia 27 tahun. Pasangan ini bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Julai 2011 ni. Semoga hari bahagia yang bakal dilalui akan berlalu sehingga ke akhir hayat.
Nama sebenar kekasih dan bakal Tomok ni Siti Rahayu Abas, 32 maksudnya Tomok mudah sikit sebab baru berusia 27 tahun. Pasangan ini bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Julai 2011 ni. Semoga hari bahagia yang bakal dilalui akan berlalu sehingga ke akhir hayat.
“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.
Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa
Labels:
Artis Malaysia,
Gambar Perkahwinan,
OIAM,
Perkahwinan Tomok,
Shah Indrawan,
Tomok
April 18, 2011
Tomok Berkahwin 1 Julai 2011
Alhamdulillah setelah 8 tahun menjalinkan cinta Tomok atau nama sebenar Shah Inderawan dikhabarkan akan bernikah pada 1 Julai 2011. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau apatah lagi ketika beliau menjadi juara OIAM yang menaikkan nama beliau semula setelah sekian lama suram dipersada seni tanah air.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga hari bahagia beliau akan datang dan berlangsung dengan meriahnya.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga hari bahagia beliau akan datang dan berlangsung dengan meriahnya.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
Labels:
Artis Malaysia,
Gambar Perkahwinan,
Kekasih Tomok,
OIAM,
Perkahwinan Tomok,
Tomok
Januari 13, 2011
Tomok Dan Pramugari Kahwin Bulan Julai !!?
Betulkah Tomok akan berkahwin pada bulan Julai 2011 ni ? Entahlah tapi ini yang ZoOm baca dalam akhbar online tengah malam ni.Penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Berikut "Statement" Beliau apabila ditanya oleh wartawan Mstar Online :
Berikut "Statement" Beliau apabila ditanya oleh wartawan Mstar Online :
“Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.
“Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,”
Labels:
Artis Malaysia,
Facebook Tomok,
gossip,
Juara OIAM,
Kekasih Tomok,
Shah Indrawan,
Tomok
November 25, 2010
Fesyen Rambut Terbaru Tomok Di Separuh Akhir
Sebenarnya gambar ni ZoOm ambil masa malam separuh akhir ni, kerana kesibukan dengan tugas-tugas seharian dipejabat baru malam ni berkesempatan nak share dengan anda. Tak taulah apa tema pada malam separuh akhir muzik-muzik sampai semua rambut dan gaya peserta nampak semacam je...salah seorang yang menjadi perhatian ZoOm Tomok yang hendsome ni bertukar menjadi seseorang yang sekali pandang nampak macam penyanyi baru...nak tau kenapa....click baca lagi...
Februari 15, 2010
(Cerita Artis) Dalam Diam-DiamTomok berlakon di Dubai
Boleh tahan juga Tomok ni,dalam diam-diam rupanya suda ada agenda penting sedang di usahakan di "Oversea".Jom kita baca kisah anak muda yang menjadi Juara OIAM ini di dada akhbar METRO hari ini.
DALAM diam, juara One In A Million (OIAM), Tomok bergelar pelakon filem. CAK dengar selepas memenangi OIAM, dia ditawarkan watak utama sebuah filem berjudul Mantera yang menyaksikan kolaborasi syarikat produksi Malaysia dan Russia.
Khabarnya mereka akan berkampung di negara kaya raya itu sehingga 21 Februari ini. Cayalah! Patutlah CAK tengok mukanya berseri-seri di Anugerah Juara Lagu ke-24 lalu. Rupa-rupanya ada berita gembira yang dipendam.
Dalam pada itu CAK dengar ada beberapa pelakon memendam rasa dengan peluang diterima Tomok. Apa tidaknya, mereka sudah ada nama dalam dunia lakonan, rupa pun lebih kacak, tapi Tomok pula yang jadi pilihan.
Alahai, apa nak kecoh-kecoh dik, semua ini soal rezeki. Sudah tertulis watak itu milik Tomok, jadi jangan membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Kalau dah cemburu sangat, apa kata pergi bersemuka dengan empunya syarikat produksi dan jelaskan kenapa kalian merasakan diri lebih layak daripada Tomok.
Mana tahu ada watak sesuai untuk projek akan datang atau paling tidak pun anda pulang dengan muka tersenyum sumbing gara-gara malu dengan perlakuan sendiri.
Credit: Metro
DALAM diam, juara One In A Million (OIAM), Tomok bergelar pelakon filem. CAK dengar selepas memenangi OIAM, dia ditawarkan watak utama sebuah filem berjudul Mantera yang menyaksikan kolaborasi syarikat produksi Malaysia dan Russia.
Khabarnya mereka akan berkampung di negara kaya raya itu sehingga 21 Februari ini. Cayalah! Patutlah CAK tengok mukanya berseri-seri di Anugerah Juara Lagu ke-24 lalu. Rupa-rupanya ada berita gembira yang dipendam.
Dalam pada itu CAK dengar ada beberapa pelakon memendam rasa dengan peluang diterima Tomok. Apa tidaknya, mereka sudah ada nama dalam dunia lakonan, rupa pun lebih kacak, tapi Tomok pula yang jadi pilihan.
Alahai, apa nak kecoh-kecoh dik, semua ini soal rezeki. Sudah tertulis watak itu milik Tomok, jadi jangan membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Kalau dah cemburu sangat, apa kata pergi bersemuka dengan empunya syarikat produksi dan jelaskan kenapa kalian merasakan diri lebih layak daripada Tomok.
Mana tahu ada watak sesuai untuk projek akan datang atau paling tidak pun anda pulang dengan muka tersenyum sumbing gara-gara malu dengan perlakuan sendiri.
Credit: Metro
Labels:
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Gambar Artis,
Kisah Artis,
OIAM,
Tomok
Januari 11, 2010
(Gambar) Gaya artis lelaki berjaket !!!
Nampak macho dan bergaya artis-artis lelaki kita ni berjaket...!!
Apa kata anda !!?
Baca Selanjutnya
Labels:
Aril,
Artis Malaysia,
Faizal Ismail,
Gambar Artis,
Kamal Adli,
Syamsul Yusof,
Tomok,
Zoey
Ogos 11, 2009
(Gossip) Manjanya Shila Peluk Tomok !!!


Dah Lama tak buat Goosip mengenai Tomok ni,Semenjak Dah Jadi Jutawan.Ni gossip terbaru mengenai Artis Jutawan Kita ni..Ni arr manjer nyerrr si Shila Possing dengan Tomok..Tak per Shila ni mana-mana jer pergi ada je Mama dier..Tak da la risau sangat ...Anak Mak la katakan..Apa pun apa komen u alls mengenai Jutawan Muda kita ni..
Labels:
Artis Malaysia,
Celebrity News,
Cerita Artis,
Cewek,
Gambar Actress,
gossip,
Jutawan Malaysia,
OIAM,
Pelakon Malaysia,
Penyanyi,
shila,
Tomok
Jun 24, 2009
(Celebrity News) Liga Juara HotFM di Sarawak Ahad ini!

Date :28 June 2009 (Sunday)
Venue :Car Park, Taman Sukma, Sarawak
Time : 8.00 am – 6.00 pm
Sepuluh pasukan terpilih akan berlawan bersama pasukan HotFM yang merangkumi juruhebah HotFM dan peminat pada hari tersebut.
Anda juga berpeluang untuk bertemu Fara Fauzana, Cat Farish dan Bob Lokman, pelakon daripada filem baru KRU Studios yang akan ditayangkan, ’Jin Notti’ di sana! Terdapat juga persembahan daripada Hafiz AF, Tomok dan Misha Omar hanya untuk anda!
Apa Lagi Sarawakian Ini Peluang Anda Berjumpa DJ HotFM dan Artis kesayangan anda,Kirim Salam Jer Kat Artis2 Yang Comel2 k :P
Labels:
Artis Malaysia,
Celebrity News,
Cerita Artis,
DJ HotFM,
Dj Radio,
Hafiz,
KRU,
Malaysia News,
misha Omar,
Pelakon Malaysia,
Sembang,
Tomok
Jun 22, 2009
Jun 16, 2009
(Celebrity News) Kenduri Kesyukuran Tomok & Isma

Tomok dan kakaknya Isma mengadakan kenduri kesyukuran setelah masing-masing berjaya dalam program realiti yang mereka sertai.
Tomok menjuarai One In A Million di 8TV manakala Isma pula finalis Akademi Fantasia 7 di Astro Ria. Mereka mengambil masa beberapa lama kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
Tomok yang bakal muncul dengan album solo sedang sibuk di studio merakam lagu baru. Di samping itu undangan mengadakan persembahan juga semakin lebat selepas bergelar juara.
Isma juga turut merakam lagu baru bagi dimuatkan di dalam album kompilasi bersama finalis AF7. Kedua-dua mereka tampil dengan gaya baru yang ketara transformasinya.
Dalam majlis kesyukuran yang diadakan di rumah keluarga mereka di Alam Damai, Cheras pada 13 Jun lalu, peminat mereka tak melepaskan peluang memeriahkannya dan meraikan mereka.
"Inilah masa kami membalas jasa peminat yang mengundi kami semasa dalam pertandingan yang kami sertai. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami," kata Tomok.
Jun 08, 2009
(Celebrity News) Tomok Berlakon Filem ??

Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus.
Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti.
Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar lima tahun lalu.
Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera.
Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia.
Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman.
Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan.
Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan.
"Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar daripada pengalaman pelakon lain.
Labels:
Artis Malaysia,
Filem,
Jejaka Malaya,
Juara,
Lisa Surihani,
Model,
Movies,
OIAM,
Pelakon Malaysia,
Penyanyi,
Tomok
Mei 10, 2009
Artis Malaysia : Bukan hina orang kampung – Tomok


Secara peribadi bagaimana jiwa Tomok hari ini? Adakah mahu menjadi artis berkumpulan atau solo?
Saya anggap New Boyz macam darah daging saya. Dalam New Boyz banyak benda yang saya belajar. Kenangan pun banyak bersamanya. Tak ada sebab saya nak tinggalkan New Boyz tapi pada masa hadapan saya tak pasti. Harap saya akan berterusan dengan New Boyz.
Setahun, dua ni nama Tomok semakin jatuh. Sekarang bangkit semula gara-gara OIAM. Bagaimana Tomok lihat perkembangan itu?
Kalau nak ikutkan saya dah terlalu kecewa tetapi saya minat dalam seni. Saya tak putus asa. Sepanjang 10 tahun saya jadi artis tak semuanya manis. Saya pernah tak ada duit. Tak ada show. Saya nak buktikan satu hari nanti saya boleh bangun semula dan alhamdulillah... saya buktikan hari ini.
Dalam akhbar sebelum ni Tomok kata syarikat rakaman SRC tidak terlalu memberi peluang. Maksudnya macam mana?
Peluang tu ada tapi tak banyak. Dulu SRC nak jual album. Album yang dia orang buat bersesuaian dengan konsep pada waktu itu. Jadi bila kita bagi pendapat, tak semua dia orang pakai. Ada dia orang tolak. Pemilihan lagu bukan seratus peratus dari New Boyz. Tapi kita tak salahkan dia orang pun. Dia orang banyak berjasa juga kepada kami. Saya sendiri banyak belajar daripada SRC.
Kata SRC dia orang ada bagi peluang untuk Tomok buat keputusan sendiri dalam album keenam, Semula Padaku. Tapi tak laku juga.
Untuk album keenam ini baru dia orang terbuka sikit. Dalam 50 peratus saja penglibatan kami. Yalah, mula-mula dulu dia orang tak percaya sebab kami budak-budak. Album ini sebenarnya ada kualiti tapi pendedahan kurang, publisiti pun kurang. Saya dah tunjukkan dah perubahan tu cuma orang saja tak nampak. Sekarang mungkin orang boleh terima.
Dalam satu kenyataan Tomok kata dah tak mahu glamor dah sekarang ni. Adakah sebelum ni terlalu mengejar glamor?
Saya dah lalui zaman gosip, zaman berada di atas dan zaman jatuh tertiarap. Sekarang saya mahu lebih fokus kepada cerita-cerita kerjaya daripada soal peribadi. Itu yang saya maksudkan.
Tomok juga mendakwa tak mahu jadi Tomok yang dulu. Kenapa dengan Tomok dulu?
Dulu zaman yang cukup pahit. Kalau nak ikutkan apa yang orang tak kata? Orang kata Tomok boleh menyanyi ke? Tapi tak semua benda yang dulu tu pahit tapi ada manisnya juga. Semua pengalaman itu akan saya simpan. Yang pahit saya nak buang jauh-jauh.
Ada orang marah kononnya Tomok mempertikaikan muzik dulu yang kekampungan. Sebenarnya kekampungan itulah yang menaikkan nama Tomok. Kenapa berfikiran macam tu?
Maksudnya begini. Saya tak hina siapa-siapa. Tak hina orang kampung. Saya mengaku lagu-lagu mendayu macam dululah yang menaikkan saya. Saya tak rendahkan lagu-lagu kampung. Jangan salah anggap pula. Saya cuma nak lakukan perubahan. Itu saja. Saya tak nak perubahan ini disalah ertikan. Kalau ada permintaan orang nak suruh saya menyanyi lagu-lagu macam tu, saya akan buat.
Apa Tomok nak cakap kepada peminat Tomok?
Saya ucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi saya sehingga berjaya. Peluang yang diberikan peminat itu akan saya gunakan sepenuhnya.
April 25, 2009
Tomok bakal juara OIAM?

Pertandingan One In A Million sudah hampir ke kemuncak. Malam ini seorang lagi peserta akan meninggalkan pentas dan melupakan impian bergelar juara dan membawa pulang RM1 juta.
Kini tinggal Tomok, Esther, Nine dan Aweera yang masih kekal bersaing. Siapa yang bakal jadi juara?
Ramai pemerhati meramalkan Tomok akan bergelar juara OIAM musim ketiga. Malah Amylea yang tersingkir minggu lalu pantas menyebut nama Tomok apabila diminta meramal siapa akan jadi juara.
Tomok dilihat tampil dengan transformasi yang ketara dan meyakinkan berbanding penampilannya semasa bersama kumpulan New Boyz. Saban minggu Tomok memukau peminat dengan kelainan yang dibawakannya di atas pentas.
"Saya sedar persaingan sangat sengit. Alhamdulillah apa yang saya cuba tonjollkan di atas pentas diterima oleh peminat. Saya telah membawa pembaharuan dan mereka menerima apa yang saya lakukan.
"Selain idea sendi, saya juga dapat kerjasama dengan orang di sekeliling dalam pertandingan ini yang memberi panduan untuk mencantikkan susunan muzik dan konsep persembahan saya," kata Tomok.
April 16, 2009
Tomok menjadi dalam OIAM3
Apabila nama Tomok disebut-sebut mahu menyertai pertandingan One In A Million musim ketiga, banyak yang ragu.
Bukan tidak percaya dengan kemampuan Tomok menyanyi kerana sebagai vokalis kumpulan New Boyz, mereka nampak seolah-olah Tomok sukar menyerlah.
Labels:
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Pelakon Malaysia,
Sembang,
Tomok
Langgan:
Catatan (Atom)



















