Memaparkan catatan dengan label malaysian Idol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysian Idol. Papar semua catatan

Disember 26, 2010

Dina Malaysian Idol Berjaya Turunkan Berat Badan 14 KG !!!

Dina Sebelum kot :)

Tahniah Dina MI kerana berjaya menurunkan berat badan daripada 99kg kepada 85kg, penangan usikan kawan-kawan menyebabkan Dina nekad menurunkan berat badan dengan bersenam di GIM.


Malahan sindiran yang selalu diibaratkan menjatuhkan orang lain jika kena pada tempatnya sudah pasti akan membuahkan hasli yang membanggakan.

November 17, 2009

(Gossip) Saiful Make Up macam perempuan !!!!?


Jum kita zoom Gambar artis bernama Saiful semasa audition MyStar LG baru-baru ini.Setahu Zoom Saiful adalah bekas peserta Malaysian Idol, mungkin ingin mencuba nasib kot. Malangnya heboh juga apabila Saiful tidak layak malah diperli oleh Juri Program tersebut iaitu Azmeer. Seperti yang anda sedia maklum Azmeer ni laser sikit suka hati dia nak cakap apa kat peserta sebab dia ada hak...!! kadang-kadang geram juga kat dia macam la pandai sangat nak menyanyi.Nak reject pun keluarkan la ayat atau perkataan yang sesuai Contoh : Maaf Cuba lagi tahun depan / Tahniah kerana berani...cuba lagi tahun depan..Ini tak..iskk iskk malah nak komen...korang je la komen..!!!



Baca Selanjutnya

Ops..Lari dari tajuk la pula, sebenarnya Zoom kesian dekat Saiful ni. Kalau kena pada gaya mesti ramai yang nak kat dia..Tapi pembaca di Zoomartis Cuba lihat dan komen gambar Adik kita ni..!!! Over atau tak make up dia !?? Dagu pulak macam dah bertambah..!! KOmen k..!!

September 15, 2009

(Gossip) Awek Malaysia Duduk !!!!


Lama Tak dengar berita dari Artis Ni,Nie gambar terbaru Dina Kat satu laman Web Popular Kat Malaysia, Gossip Mengenai gambar ni pun boleh tahan jugakk..Tengok cara dina duduk !!! Itulah Gossip Yang mereka perkatakan..Apa pun zoom suka borak dengan Dina ni, yerlah dia selalu datang office zoom, dulu la lahh nii dah sonyap mungkin dah ada rumah sendiri kot..!!ok alls komen apa2 yang patut...!!!

Ogos 13, 2009

(Gambar) Wajah Dan Imej Baru Jac !!!


Lain jer imej Jac ni erkk, Tapi dia nampak simple and cool macam ni
dengan rambut pendek,baju blaus,bertopi rambut pulak dah kemerah-merahan..
Mungkin itu pilihan jac..Tapi Bagi Zoom,suka tengok Jac berambut panjang
sebab zoom suka gadis berambut panjang hehehehehehe..

Julai 20, 2009

(Celebrity News) Suara Jaclyn Victor Setanding Dato Siti Nurhaliza !!


Dianugerahkan Power Vocal Award dalam Shout! Award yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini membuktikan Jac mampu menandingi kehebatan vokal Dato’ Siti Nurhaliza.

Gaya Red Carpet yang ditonjolkan juga kelihatan amat berbeza daripada dirinya sebelum ini. Stail rambut pendek memberikan kesegaran terhadap penampilannya.

"Saya tak sangka menang ni kerana bersaing hebat dengan penyanyi lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Ayu yang mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri,"
kata Jac.

Jac bagaimanapun amat berterima kasih kepada peminat yang mengundi dan sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Zoom Comment: Sekurang-kurangnye ada juga Pengganti Isteri Dato K,Nampak Nyer Gemerlapan Jac Semakin menerangi Industri Tanah Air KIta.

Julai 03, 2009

(Celebrity News) Perubahan Imej Jac !!


Gambar Kat atas ni gambar lama Jac,gambar seorang gadis yang ayu berambut panjang.Dan kat bawah ni gambar terbaru Jac,Perubahan yang sangat ketara bagi seorang insan bernama wanita..Tahniah Jac Anda Memang Berani Mengubah Imej Daripada seorang gadis berambut Ikal Mayang menjadi pendek dan berwarna..Apa Pandangan KOrang mengenai perubahan Imej Jac Ni ?? Cute ? comel ? Ayu ? Style and etc ..

Jun 25, 2009

AUDI Mok dan Nikki bakal bergelar suami isteri pada 27 Jun ini.


TINGGAL empat hari sahaja lagi, penyanyi Nicolette Louisa Palikat atau Nikki, 24, bakal bergelar isteri kepada komposer terkenal, Audi Mok, 38.

Majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada 27 Jun ini di gereja St. Francis Xavier, Petaling Jaya, Selangor selepas mengikat tali pertunangan pada 26 Disember lalu di Sabah.

Mengambil keputusan melamar Nikki pada 1 November lepas, Audi yang merupakan anak sulung daripada dua beradik mempunyai kisah tersendiri sebelum mampu meluahkan kata-kata cinta terhadap wanita berkenaan.

Ujar Audi, ketika pertama kali dipertemu dan diperkenalkan dengan Nikki pada program Malaysian Idol sekitar tahun 2004, dia mengakui tidak berapa meminati Nikki.

Zoom Comment : Tak kenal Maka Tak cinta la Bro Audi...Kan dah nak kahwin baru tau,Cinta Pandangan Ke dua or 3 kot :P Apa pun NIkki Dan Audi Masa ini sedang menghitung HAri Bahagia..Kat Petaling Jaya yerkk....Nak pergi la tengok dekat giler dengan rumah Zoom :P JUM Zahsssss

Mei 10, 2009

Artis Malaysia : Bukan hina orang kampung – Tomok



Secara peribadi bagaimana jiwa Tomok hari ini? Adakah mahu menjadi artis berkumpulan atau solo?

Saya anggap New Boyz macam darah daging saya. Dalam New Boyz banyak benda yang saya belajar. Kenangan pun banyak bersamanya. Tak ada sebab saya nak tinggalkan New Boyz tapi pada masa hadapan saya tak pasti. Harap saya akan berterusan dengan New Boyz.

Setahun, dua ni nama Tomok semakin jatuh. Sekarang bangkit semula gara-gara OIAM. Bagaimana Tomok lihat perkembangan itu?

Kalau nak ikutkan saya dah terlalu kecewa tetapi saya minat dalam seni. Saya tak putus asa. Sepanjang 10 tahun saya jadi artis tak semuanya manis. Saya pernah tak ada duit. Tak ada show. Saya nak buktikan satu hari nanti saya boleh bangun semula dan alhamdulillah... saya buktikan hari ini.

Dalam akhbar sebelum ni Tomok kata syarikat rakaman SRC tidak terlalu memberi peluang. Maksudnya macam mana?

Peluang tu ada tapi tak banyak. Dulu SRC nak jual album. Album yang dia orang buat bersesuaian dengan konsep pada waktu itu. Jadi bila kita bagi pendapat, tak semua dia orang pakai. Ada dia orang tolak. Pemilihan lagu bukan seratus peratus dari New Boyz. Tapi kita tak salahkan dia orang pun. Dia orang banyak berjasa juga kepada kami. Saya sendiri banyak belajar daripada SRC.

Kata SRC dia orang ada bagi peluang untuk Tomok buat keputusan sendiri dalam album keenam, Semula Padaku. Tapi tak laku juga.

Untuk album keenam ini baru dia orang terbuka sikit. Dalam 50 peratus saja penglibatan kami. Yalah, mula-mula dulu dia orang tak percaya sebab kami budak-budak. Album ini sebenarnya ada kualiti tapi pendedahan kurang, publisiti pun kurang. Saya dah tunjukkan dah perubahan tu cuma orang saja tak nampak. Sekarang mungkin orang boleh terima.

Dalam satu kenyataan Tomok kata dah tak mahu glamor dah sekarang ni. Adakah sebelum ni terlalu mengejar glamor?

Saya dah lalui zaman gosip, zaman berada di atas dan zaman jatuh tertiarap. Sekarang saya mahu lebih fokus kepada cerita-cerita kerjaya daripada soal peribadi. Itu yang saya maksudkan.

Tomok juga mendakwa tak mahu jadi Tomok yang dulu. Kenapa dengan Tomok dulu?

Dulu zaman yang cukup pahit. Kalau nak ikutkan apa yang orang tak kata? Orang kata Tomok boleh menyanyi ke? Tapi tak semua benda yang dulu tu pahit tapi ada manisnya juga. Semua pengalaman itu akan saya simpan. Yang pahit saya nak buang jauh-jauh.

Ada orang marah kononnya Tomok mempertikaikan muzik dulu yang kekampungan. Sebenarnya kekampungan itulah yang menaikkan nama Tomok. Kenapa berfikiran macam tu?

Maksudnya begini. Saya tak hina siapa-siapa. Tak hina orang kampung. Saya mengaku lagu-lagu mendayu macam dululah yang menaikkan saya. Saya tak rendahkan lagu-lagu kampung. Jangan salah anggap pula. Saya cuma nak lakukan perubahan. Itu saja. Saya tak nak perubahan ini disalah ertikan. Kalau ada permintaan orang nak suruh saya menyanyi lagu-lagu macam tu, saya akan buat.

Apa Tomok nak cakap kepada peminat Tomok?

Saya ucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi saya sehingga berjaya. Peluang yang diberikan peminat itu akan saya gunakan sepenuhnya.

Mei 06, 2009

Malaysian News : Cerita PLKN Diana, Suki, Alif

Cerita Artis Di PLKN



SEBULAN lalu, tiga artis remaja ini menunaikan tanggungjawab kepada negara apabila melapor diri menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ditempatkan di Kem Princess Haliza, Sepang, masing-masing punyai kekuatan tersendiri dalam menghadapi cabaran mendatang.

Meski memegang status sebagai artis, status itu tidak mereka gunakan untuk mendapat layanan istimewa dan menjalani kehidupan sama seperti pelatih yang lain.

Dimarahi dan didenda atas kesalahan yang dilakukan, semuanya dilalui oleh Diana Danielle, 18; juara program realiti One In A Million (OIAM), Suki atau Low Sook Yee, 20; dan finalis OIAM, Muhammad Aliff Mohd. Satar (Alif), 19.

Biarpun begitu, perasaan bangga tetap hadir dalam jiwa mereka kerana dapat melalui apa jua dugaan dengan penuh kesabaran sepanjang menjalani PLKN.

Bagi Diana, Suki dan Alif, PLKN adalah peluang untuk menambah keyakinan diri di samping mengenali lebih ramai rakan taulan terutama yang datang dari Sabah dan Sarawak.

Melakukan aktiviti-aktiviti lasak juga menjadi kegemaran mereka antaranya berkayak, menjalani latihan menempuh halangan serta latihan ikhtiar hidup di dalam hutan.

Menjalani latihan pengendalian senjata api M-16 adalah saat yang paling ditunggu- tunggu serta menjadi impian mereka.

Berlangsung di Lapang Sasar Batu Hampar, Bukit Jugra, Banting, pada pagi Jumaat minggu lalu, impian Diana, Suki dan Alif akhirnya tercapai apabila diberi kesempatan untuk membidik senjata api berkenaan.

Melepaskan 20 das tembakan ke arah sasaran pada jarak 100 meter, Diana menembak cemerlang apabila memungut 78 mata berbanding Suki (76 mata), manakala Alif dengan 52 mata.

"Pada mulanya saya memang gugup dan takut untuk memegang senjata api berkenaan. Saya rasa tidak yakin kerana macam-macam perkara negatif yang difikirkan.

"Namun, jurulatih dan rakan-rakan datang memberikan semangat. Alif yang banyak mententeramkan saya.

"Apa yang menarik, selepas berjaya melepaskan tembakan, saya rasa tidak puas dan ingin mencuba sekali lagi,'' ujar Diana ketika ditemui sebaik selesai menjalani latihan berkenaan.

Latihan pengendalian senjata api M-16 termasuk kelas teori pengenalan dan cara-cara mengendalikan senjata api itu mendapat tunjuk ajar pegawai serta anggota dari 12 Briged Kem Wardieburn.

Semua lagak ketiga-tiga artis tersebut ketika menjalani latihan menembak serta aktiviti-aktiviti lain akan dapat disaksikan di 8TV menerusi program yang dinamakan Project N.S.

Program yang akan bermula 8 Mei ini merupakan sebuah dokumentari membabitkan perjalanan dan pengalaman PLKN yang dilalui mereka.

Menyambung bicara, Diana berkata, latihan menembak merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sampai bila-bila dan ia pasti sukar untuk dirasai andai berada di luar PLKN.

Katanya yang juga Timbalan Penghulu Wirawati Kem Princess Haliza, inilah keistimewaan menyertai PLKN. PLKN bukannya program menyeksakan seperti yang digambarkan sesetengah pihak sebelum dirinya melapor diri sebagai pelatih program terbabit.

"Di sinilah tempat kita diajar keyakinan diri. Menjalani PLKN bukannya susah.

"Jurulatih pun baik dan mereka amat mementingkan disiplin setiap pelatih," jelasnya yang sempat menasihatkan kepada bakal pelatih PLKN pada masa akan datang agar membuang perasaan ego dan hadir dengan hati yang terbuka saat melangkah masuk ke program tersebut.

Suki pelatih berdisiplin

Bagi Suki pula, setakat sebulan menjalani PLKN, dirinya sudah banyak mengutip pelbagai pengalaman yang pasti akan dirindui apabila tamat bergelar pelatih nanti.

"Hubungan sesama rakan pelatih pun bagus. Kami saling mengambil berat antara satu sama lain. Soal disiplin pula memang menjadi tonggak dalam PLKN.

"Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan disiplin dan tidak pernah dikenakan denda.

"Jurulatih di sini pun muda-muda dan mereka amat memahami perasaan kami,'' katanya yang suka aktiviti berkayak.

Ditanya tentang latihan pengendalian senjata api M-16, Suki menjelaskan bahawa ia merupakan aktiviti yang cukup menyeronokkan.

"Memanglah mula-mula rasa takut kerana kami diberikan peluru hidup. Tetapi, seperti kata Diana, sebaik selesai, rasa tidak puas pula,'' ujarnya yang teringin hendak melakukan aktiviti rondaan malam.

Alif tidak 'memilih bulu'

Sementara itu, Alif yang enggan bernada kecewa kerana mengutip 52 mata hasil tembakan yang dilakukan dalam latihan pengendalian M-16 berkata, ini adalah pengalaman pertamanya memegang senjata api berkenaan.

"Saya sempat 'beraksi' ala-ala tentera sebelum melepaskan tembakan.

"Ia sangat memberikan kepuasan dalam hidup kerana berlatih menggunakan M-16 adalah impian dan sasaran saya sebelum menyertai PLKN,'' jelasnya.

Menurut Alif, selain latihan menembak, PLKN meyediakan pelbagai aktiviti lain bertujuan untuk membentuk keperibadian dan semangat kerjasama antara pelatih.
Kepada soalan mengenai siapa rakan baiknya di PLKN, Alif berkata : "Saya tidak ada rakan baik di sini. Kalau kita bersikap memilih, sudah tentu kita akan dilihat anti-sosial.

"Justeru, saya cuba rapat dan berkawan dengan semua orang.''

Info : Utusan Malaysia

April 21, 2009

Jaclyn Victor and Mr. Boots Will Marry Soon

MALAYSIAN IDOL’S FIRST SEASON WINNER, JACLYN VICTOR and HER BOYFRIEND, MR. BOOTS are getting married soon. Jac met him when she was still singing at a club in KL Plaza and The Ship, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Talking about Mr. Boots, Jac said “He is a very sweet guy”. Jaclyn wishes for a simple but nice weddings. All the best Jac

JACLYN VICTOR AND MR. BOOTS HOLIDAYING IN ASUTRALIA

April 20, 2009

Saiful Malaysian Idol Terkandas Ujibakat OIAM


Saiful Malaysian Idol telah terkandas dalam sesi ujibakat One In A Million, malah dimarah teruk oleh Paul Moss kerana pencapaiannya yang mengecewakan. Saiful seakan telah mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya.

Saiful mempunyai 2 buah album, yang pada pandanganku tidaklah berjaya membawa namanya kemana-mana. Seingat aku, radio pun sangat jarang memutarkan lagunya, mungkin juga kerana kekuatan vokalnya tidak kuat, atau penampilannya yang suka beraksi seperti nyah (Ada gambar dia macam nyah pernah tersebar dulu)

Tetapi berlainan nasib pula dengan para rakan artis seperti Siti Elizad aka Ejad, Nine (dari kumpulan Coco) dan Tomok (New Boyz) yang berjaya ke pusingan seterusnya. Nak tahu jika mereka berjaya melayakkan diri ke Top 12, jangan lupa menonton OIAM, Jumaat depan di 8TV, jam 9.30 malam.