Selepas membaca luahan seseorang yang dipetik daripada satu laman blog (isu-hangat.blogspot.com), ZoOM mengamati satu persatu apa yang ingin disampaikan oleh orang yang meluahkan perasaan tidak puas hatinya, mengenai kisah sedih kawan beliau dengan komposer Azmeer.
Jika semua ini tidak benar, Azmeer kena tampil menjawap isu panas yang bakal meletupkan gossip artis di Malaysia, dan mengambil tindakan sewajarnya. Dan berikut ZoOM sertakan luahan seseorang mengenai Azmeer yang dikatakan membuat sesuatu yang sudah tentu menyakitkan hati sesiapa sahaja yang membacanya :
Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan artis dan selibriti.
Rakan wanita saya “X” telah diperkenalkan oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal AZMEER atau nama sebenarnya MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR (660614-71-5611) sekitar tahun 2004. AZMEER memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat “X” seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang. “X”



