Memaparkan catatan dengan label MyStarz LG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MyStarz LG. Papar semua catatan

Jun 07, 2011

Gossip Panas : Tom MystarLG Putus Tunang !!

 Memang panas dan hot sepanas HOT FM yang membuatkan ZoOM terpaksa melayan LAPTOP sehingga pagi. "Like and like" tapi apa yang dapat ? Hadiah bil api je yang dapat... sorry lari topic seketika kerana geram dan frust tak dapat top Ipad2, mungkin tak ada rezeki.

Kisah terbaru mengenai peserta program MystarLG yang sebelum ini kecoh kerana merampas suami orang dan telah bertunang. Namun musim bunga yang diharapkan hilang kerana ribut salji yang datang secara tiba-tiba tanpa memberi amaran. Tom dikhabarkan telah putus tunang dengan si jantung hati yang selama ini banyak menyusahkan beliau. Sehinggakan satu Malaysia mengata beliau perampas suami orang.

Bak kata pepatah "Kumbang bukan Se-ekor" ada ramai lagi jejaka tampan diluar sana yang sudah pasti masih mencari bunga yang masih mencuba untuk mekar. Dan berikut sumber yang ZoOM dapat untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis Dot Net @ Facebook..



credit metro online

TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba CAK dengar penyanyi, Tom yang pernah mengejutkan negara dengan cerita dipukul keluarga isteri kekasihnya, putus tunang. CAK baru berangan kalau Tom naik pelamin mahu juga bersama-sama meraikan hari bahagianya. Itupun kalau Tom jemput.

Mac 24, 2010

Tom Mystar LG 3 masih berkerja di kelab malam demi anak !!!

Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang ibu kepada anak tersayang,walaupun sudah menerima duit rm100k belia masih berkerja sebagai penyanyi dikelab malam untuk mencari duit untuk makan minum dan keperluan buah hatinya.

Zoom tau diluar sana ada ramai artis yang menjadi juara dan finalist program realiti tetapi ada ramai juga diluar sana yang hanya bergelar artis tetapi masih mengharapkan jemputan dan jualan album mereka.Tetapi lain bagi Tom beliau tidak mahu menunggu tetapi akan mencari sumber yang boleh memberikan mereka pendapatan.

Semoga niat suci Tom akan mendapat balasan yang indah darinya..

Apa kata anda di Zoomartis ?

Mac 12, 2010

Tom MyStar LG 3 mengaku Janda Muda !!!?


Kalau sebelum ini hanya kawan-kawan dan keluarga yang mengenali beliau tetapi kini satu Malaysia sudah mengenalinya,terutama sekali bakat yang ada pada beliau sehingga menjadi juara MyStar LG musim yang ketiga.

Kalau sebelum ini gossip mengenai status sebagai seorang isteri yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan beliau, dan kini yang terbaru kisah penceraian beliau dengan bakal bekas suami.

Status selepas ini pastinya akan berubah tetapi itulah hakikat yang perlu beliau pikul sebagai anak seni di Malaysia.

Tom mengaku kini proses penceraian di mahkamah masih berjalan, dan penceraian beliau dengan suami bukan kerana MyStar Lg tetapi persefahaman sudah tidak ada lagi sebelum masuk ke MyStar Lg.Tetapi Tom menyatakan kemuncak penceraian dengan suami ketika terpilih sebagai peserta MyStar LG.

Apa pun sama-sama kita doakan semoga perkahwinan Tom dan suami dapat diselamatkan, apatah lagi mereka sudah mempunyai cahaya mata..

Apa kata anda di Zoomartis !!?

Februari 02, 2010

(Cerita Artis) Tom My Starz LG sudah bersedia jadi penyanyi

SEGALA usaha dan penat lelah bintang My Starz LG, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih mesra dipanggil Tom, 23, akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga, malam kelmarin. Dia yang dahulu merupakan penyanyi di kelab malam sekitar Kuala Lumpur ini juga berjanji enggan menoleh ke belakang lagi. Tekadnya adalah untuk merubah kehidupan keluarga menjadi lebih sempurna.




Baca Selanjutnya

Ibu kepada seorang anak ini telah membuktikan bahawa peminat di luar sana tidak hanya memilih status tetapi bakat yang ada pada seseorang.Walaupun sebelum ini beliau pernah berkerja di sekitar kelab malam semua itu tidak menjejaskan pengundi yang meminatinya.

Tom telah mengetepikan cabaran sengit dua finalis untuk muncul juara pertandingan nyanyian My Starz LG musim ketiga, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selaku juara, peserta dari Taiping itu turut menerima hadiah wang tunai RM100,000, televisyen LCD LG 42 inci serta kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia.

Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz), 22, dari Kuala Selangor memenangi tempat kedua seterusnya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan telefon bimbit Chocolate LG, manakala pemenang tempat ketiga, Maisarah Ismail (Sarah), 22, menerima RM5,000 dan set teater rumah HT964PZ juga dari LG.

Dalam acara tersebut, Tom menunjukkan kehebatannya di hadapan juri dan penonton dengan menyampaikan rangkaian lagu rock yang dipopularkan Search serta Bunkface, Isabella dan Revolusi, manakala bagi segmen duet pula dia telah menyanyikan lagu Senja Nan Merah bersama Mus May.

Zoom: Malam tersebut Zoom memang dah agak Tom ini akan menang sebab dari segi vokal memang beliau sudah membuktikan apatah lagi ketika menyanyikan lagi Fiq.Dengan mata "Gothic" membuatkan lagu tersebut semakin serasi dengan si penyanyi..Apa kata anda mengenai juara baru My Starz LG musim ke tiga ini ?

November 17, 2009

(Gossip) Saiful Make Up macam perempuan !!!!?


Jum kita zoom Gambar artis bernama Saiful semasa audition MyStar LG baru-baru ini.Setahu Zoom Saiful adalah bekas peserta Malaysian Idol, mungkin ingin mencuba nasib kot. Malangnya heboh juga apabila Saiful tidak layak malah diperli oleh Juri Program tersebut iaitu Azmeer. Seperti yang anda sedia maklum Azmeer ni laser sikit suka hati dia nak cakap apa kat peserta sebab dia ada hak...!! kadang-kadang geram juga kat dia macam la pandai sangat nak menyanyi.Nak reject pun keluarkan la ayat atau perkataan yang sesuai Contoh : Maaf Cuba lagi tahun depan / Tahniah kerana berani...cuba lagi tahun depan..Ini tak..iskk iskk malah nak komen...korang je la komen..!!!



Baca Selanjutnya

Ops..Lari dari tajuk la pula, sebenarnya Zoom kesian dekat Saiful ni. Kalau kena pada gaya mesti ramai yang nak kat dia..Tapi pembaca di Zoomartis Cuba lihat dan komen gambar Adik kita ni..!!! Over atau tak make up dia !?? Dagu pulak macam dah bertambah..!! KOmen k..!!

Oktober 25, 2009

(Gossip) Skandal Julfekar dengan Jessica !!!


Sebelum ini heboh di media cetak dan elektronik mengenai hubungan dan laporan polis mengenai Julfekar dan Farawahida. Laman blog gossip turut menjadi perbualan utama dalam setiap komen yang diberikan pembaca. Isu kontrak farrawahida dan isu video konterversi menjadi topic utama di setiap laman blog baru-baru ini.



Baca Selanjutnya

Dan yang terbaru timbul pula gossip hubungan dan pelukan mesra Julfekar ini dengan jessica dari program realiti MyStarz LG yang digembar gemburkan sebagai sepasang kekasih yang intim. Tidak pastinya sama ada gambar ini diambil sebelum atau selepas Julfekar dan Farawahida menjalinkan hubungan. Namun pun begitu, Ramai yang tidak menyukai sikap Julfekar ini, namun ianya merupakan hak pribadi Julfekar sendiri terhadap siapa yang dia ingin jadikan kekasih hatinya

Apa pun kita tunggu dan lihat "statement" dari julfekar mengenai gossip terbaru ini. zoom rasa mesti Farrawahida tersenyum dengan gossip ini. Apa komen anda mengenai gossip terbaru ini..?

Ogos 19, 2009

(Gossip) Salimah Dengan Kantoi Kekasih Baru nyer !!!!



Gambar Salimah dan teman lelakinya dirakam ketika datang bersama-sama dalam sesi fotografi baru-baru ini.

Sebenarnya salimah tak nak gambar ni di ambil disebabkan tak nak privacy dan takut ibunya marah.Pandai juga fotografi ni amik hati salimah,akhirnya dapat juga la zoom share dengan u alls..Gambar ni tak der kat blog lain..Majalah ada..tapi beli laa erkk,

Teman Lelaki Salimah ni Artis juga nama dia Afif Bekas Peserta Mystar LG..

Awek2..Hendsome tak Bf Salimah ni ?

Julai 02, 2009

(Gossip) Jo-Anna, Adam nafi bercinta!


Betul ker Adam Af ni bercinta dengan Jo-Anna Bintang RTM ni ? terkejut juga zoom baca paper hari ni..Last2 baca punya baca adam ni ada kekasih lain Mimie (finalis MyStarz LG2).Tak per la Adam Mimie Pun cantik apa,dah ada kekasih jangan buat curang..

Ermm.. tak tahulah betul atau tidak khabar yang disampaikan tetapi kalau fikir-fikir balik Adam dan Mimie sama-sama terlibat dalam drama sulung arahan Adam yang berjudul Wira Malam: Bisikan Naga yang telah disiarkan di Astro Ria.

Mungkin daripada cinta lokasi membawa sehingga ke luar set penggambaran agaknya. Zoom pun tumpang gembira sebab dua-dua pun sama padan dan berbakat besar lagi!