SEGALA usaha dan penat lelah bintang My Starz LG, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih mesra dipanggil Tom, 23, akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga, malam kelmarin. Dia yang dahulu merupakan penyanyi di kelab malam sekitar Kuala Lumpur ini juga berjanji enggan menoleh ke belakang lagi. Tekadnya adalah untuk merubah kehidupan keluarga menjadi lebih sempurna.
Baca Selanjutnya
Ibu kepada seorang anak ini telah membuktikan bahawa peminat di luar sana tidak hanya memilih status tetapi bakat yang ada pada seseorang.Walaupun sebelum ini beliau pernah berkerja di sekitar kelab malam semua itu tidak menjejaskan pengundi yang meminatinya.
Tom telah mengetepikan cabaran sengit dua finalis untuk muncul juara pertandingan nyanyian My Starz LG musim ketiga, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Selaku juara, peserta dari Taiping itu turut menerima hadiah wang tunai RM100,000, televisyen LCD LG 42 inci serta kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia.
Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz), 22, dari Kuala Selangor memenangi tempat kedua seterusnya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan telefon bimbit Chocolate LG, manakala pemenang tempat ketiga, Maisarah Ismail (Sarah), 22, menerima RM5,000 dan set teater rumah HT964PZ juga dari LG.
Dalam acara tersebut, Tom menunjukkan kehebatannya di hadapan juri dan penonton dengan menyampaikan rangkaian lagu rock yang dipopularkan Search serta Bunkface, Isabella dan Revolusi, manakala bagi segmen duet pula dia telah menyanyikan lagu Senja Nan Merah bersama Mus May.
Zoom: Malam tersebut Zoom memang dah agak Tom ini akan menang sebab dari segi vokal memang beliau sudah membuktikan apatah lagi ketika menyanyikan lagi Fiq.Dengan mata "Gothic" membuatkan lagu tersebut semakin serasi dengan si penyanyi..Apa kata anda mengenai juara baru My Starz LG musim ke tiga ini ?