Mac 12, 2010

Tom MyStar LG 3 mengaku Janda Muda !!!?


Kalau sebelum ini hanya kawan-kawan dan keluarga yang mengenali beliau tetapi kini satu Malaysia sudah mengenalinya,terutama sekali bakat yang ada pada beliau sehingga menjadi juara MyStar LG musim yang ketiga.

Kalau sebelum ini gossip mengenai status sebagai seorang isteri yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan beliau, dan kini yang terbaru kisah penceraian beliau dengan bakal bekas suami.

Status selepas ini pastinya akan berubah tetapi itulah hakikat yang perlu beliau pikul sebagai anak seni di Malaysia.

Tom mengaku kini proses penceraian di mahkamah masih berjalan, dan penceraian beliau dengan suami bukan kerana MyStar Lg tetapi persefahaman sudah tidak ada lagi sebelum masuk ke MyStar Lg.Tetapi Tom menyatakan kemuncak penceraian dengan suami ketika terpilih sebagai peserta MyStar LG.

Apa pun sama-sama kita doakan semoga perkahwinan Tom dan suami dapat diselamatkan, apatah lagi mereka sudah mempunyai cahaya mata..

Apa kata anda di Zoomartis !!?