Nama sebenar kekasih dan bakal Tomok ni Siti Rahayu Abas, 32 maksudnya Tomok mudah sikit sebab baru berusia 27 tahun. Pasangan ini bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Julai 2011 ni. Semoga hari bahagia yang bakal dilalui akan berlalu sehingga ke akhir hayat.
“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.
Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.
ZoOM : Apa Komen Anda ? Gadis-gadis diluar sana jangan putus asa ada ramai lagi jejaka-jejaka tampan tapi tidak se glamour Tomok. ( Gurau Je )Hihi peminat dan artis. Ulang sekali lagi. PEMINAT DAN ARTIS. Maknanya bakal isterinya ini peminat dia. Ish-ish. Kalau dah jodoh tak kemana kan. - Metro
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!