KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.
Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik.
"Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya.
"Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online.
Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu.
Dalam pada itu, Tomok berkata, dirinya secara peribadi berpuas hati dengan lakonannya itu dan menganggap penantian selama ini akhirnya berbaloi.
Tomok bagaimanapun memberitahu, sebagai pelakon baru dia masih perlu mempelajari pelbagai perkara tentang selok-belok lakonan dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan.
Info : Mstar
SINOPSIS MANTERA
Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.
Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis

TRAILER MANTERA