Memaparkan catatan dengan label Zizan Nin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zizan Nin. Papar semua catatan

Disember 30, 2011

Gossip Rozita Che Wan Bercuti Di Genting Highlands Bersama Zain Saidin

Siapakah Jejaka Pujaan Hati, Atau Hanya Sekadar Mimpi Indah !!!

Alamak Akak Rozita yang comel bak bulu mata yang berseri-seri, nampaknya ada je yang suka ambil tahu mengenai artis tengah glamour ni. Mana tidaknya sana-sini bercerita mengenai gossip panas percintaan daripada kisah beliau dalam industri hiburan.

Jika sebelum ini (Dulu-dulu) Dengan Zizan, dan yang panas sekali dan terbaru kisah beliau dikatakan bercinta dengan Shahir AF tu. Dan lagi terbaru Rozita Che Wan dikatakan bercuti bersama Zain Saidin di Genting Highlands bersama. Namun ini jawapan beliau ketika ditanya oleh wartawan :

Januari 26, 2011

Kisah Artis : Zizan Nin Ke Mahkamah Untuk Ambil Kad Nikah

Kalau sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai keluarga Zizan Nin yang dikatakan sedang menghadapi masalah. Namun setelah beberapa lama beliau mendiamkan diri akhirnya Zizan tampil menjawap segala tomahan dan pandangan sesetengah pihak termasuk ZoOm sendiri ( Daripada Info Tau ).

Semoga apa yang beliau katakan pada wartawan Mstar benar belaka, semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan tidak seperti yang digembar gemburkan oleh ramai pihak terutamanya di alam maya yang luas dan mudah dicari.

Berikut sedikit "Statement" ketika Zizan ditanya oleh wartawan :

“Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.

Januari 23, 2011

Keluarga Zizan Nin Dan Isteri Berantakan !!?

Entah betul ke tak, tetapi ZoOm dapat daripada laman forum dan info majalah mangga online mengatakan pasangan yang berkahwin pada bulan Mac tahun lalu kini menghadapi dugaan daripadanya. Semoga pasangan ini kembali bersatu dan bermaafan. Bak kata pepatah syurga dibawah tapak kaki suami tetapi suami kena faham masalah si isteri. Ikuti luahan wartawan mengenai kisah pasangan yang baru meniti hari bahagia ini. Dekat bawah ZoOm sertakan Kisah yang disensasikan oleh mereka yang kononnya mengetahui perjalanan hidup suami isteri ini.

Disember 10, 2010

Permintaan melampau Zizan Nin Dalam Teater Muzikal Tun Mahathir

Huh...panas juga cerita ni apabila Zizan ataupun pengurus beliau meminta bayaran tinggi mengalahkan Maya Karin dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir. Seribu satu cerita juga yang timbul dalam pementasan yang akan dipentaskan pada 21 hingga 30 januari 2011 nanti. Berikut "statement" Menurut Siti Rohayah Attan selaku penerbit Teater Muzikal Tun Mahathir kepada wartawan manggaonline 


"Zizan pada mulanya bersetuju untuk berlakon dalam musim kedua, namun segalanya musnah selepas pengurus Zizan memutuskan untuk tidak bersetuju kerana bayaran yang diterima kurang memberansangkan.

Februari 26, 2010

(Cerita Artis) Zizan Nin Nikah 19 Mac ini di Masjid Negara Kuala Lumpur

Alhamdulillah akhirnya Zizan Nin akan bernikah 19 Mac ini di Masjid Negara Kuala Lumpur dengan pasangannya Fazilah Hani Harun yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.Pertunangan yang dibina sejak tiga bulan lalu berakhir dengan pelamin indah yang mereka bina..


Zoom doakan semoga pernikahan tersebut akan berlangsung dengan indah dan sempurna


Apa kata anda ?

Februari 18, 2010

(Cerita Artis) Zizan Nin dengan imej berjambangnya !!!!

Artis yang sebelum ini ingin menghebahkan kepada masyarakat di luar sana mengenai tarik perkahwinannya dengan gadis pilihan. Akhirnya bertukar fikiran apabila ingin berteka teki tarikh perkahwinannya akan datang.Tetapi konsep dan tema masih sama yakni dalam taman seperti yang beliau beritahu sebelum ini.

Apa-apa pun Zoom bagi pihak admin sentiasa mendoakan semoga hari bahagia itu akan datang dan berlangsung dengan sempurna..Tapi tak kan dengan berimej macam ni, zoom lebih suka kalau tak ada langsung jambang tue...Bagi anda pula ???

Disember 19, 2009

(Cerita Artis) Zizan Nin Kahwin Bulan Depan !!!


Artis yang mempunyai kebolehan dan pakej yang sempurna ini jarang sekali kedengaran di media cetak atau pun elektronik, tetapi setiap kalau watak yang dibawanya menjadi idola dan perbualan segenap masyarakat di Malaysia. Bukan kerana kejelikan atau kepincangan tetapi watak yang dibawa dengan jayanya. Sebelum ini zoom ada berkongsi mengenai Arwah Ibu Zizan yang meninggal Oktober lalu, mungkin zizan sekarang ini memerlukan sesorang disampingnya..Jum kita zoom Cerita artis yang serba sederhana dalam publisiti di Malaysia ini mengenai perkahwinan dan hubungannya dengan si bakal isteri yang bukan di kalangan orang seni ...!!!




Baca Selanjutnya

Sudah mengenali hati budi sang puteri idaman sejak lebih setahun lalu, pelakon kacak berusia 36 tahun ini menjelaskan bahawa kekasihnya itu bukanlah insan seni atau selebriti.

"Dia orang biasa dan bukannya selebriti. Kami sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Saya dan dia menjadi rapat selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan.

"Alhamdulillah, dia memahami saya dan karier saya. Arwah ibu saya sempat bertemu dengannya sebelum ibu meninggal dunia Oktober lalu,'' katanya ketika ditemui media sewaktu pembukaan Celebrity Fitness di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, minggu lalu

Mengulas lanjut, Zizan berkata, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dia dan teman wanitanya sudah pun menjalani kursus perkahwinan yang diadakan pada cuti Aidiladha yang lalu.

Ketika ini, jelasnya, dia sedang sibuk membuat persiapan untuk bertunang terlebih dahulu dan selepas itu menguruskan pula persiapan berkahwin.

"Buat persiapan bertunang dahulu. Untuk majlis pernikahan dan bersanding nanti, selain kami berdua, akan ada perunding perkahwinan untuk menguruskan persiapan tertentu.

"Insya-Allah, saya akan mengambil cuti selama dua minggu untuk pernikahan nanti. Tidak boleh cuti lama-lama kerana jadual kerja saya cukup padat,'' katanya yang masih teringat akan pemergian arwah ibunya pada Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga teman wanitanya, Zizan menjelaskan, dia mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan keluarga bakal mertuanya mengenai kedudukannya sebagai orang popular.

"Kita artis, sibuk dengan kerja. Ditambah dengan perihal perceraian di kalangan artis yang dilaporkan di media.

"Semua itu sedikit sebanyak membuatkan mereka bimbang. Tetapi, Alhamdulillah, mereka dapat menerima saya seadanya,'' kata Zizan yang sentiasa melemparkan senyuman.

Malah Zizan turut memberitahu bakal isterinya bertudung dan sekita 20an, bertuahnya siapa yang dapat menjadi suami Zizan ni..Semoga hari yang bahagia itu akan menjelma..!!! APa kata anda ???



Oktober 08, 2009

(Cerita Artis) Zizan Nin Kahwin 2010 !!!!


Munurut sumber dan "statement" Zizan Nin, beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada 2010.walaupun sibuk dengan kerja seharian namun beliau tidak pernah menunjukan dan mencetuskan konterversi..!!!



Baca Selanjutnya

Zizan bakal menjadi pakar kecantikan bersama yasmin Hani dalam pakar kecantikan.Bertuahnya bakal isteri zizan ni, boleh la si suami bagi tips2 yang boleh membuatkan hati jantan2 kat luar tue tergoda :) apa pun semoga berjaya zizan..!!

Oktober 02, 2009

(Cerita Artis) Zizan Nin Sempat Baca Untuk Arwah Ibu


PELAKON dan model Zizan Nin sempat menemankan arwah ibunya tidur semasa malam pertama dia dimasukkan di wad di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam pada 29 September lalu.

"Saya rasa sebak dan sayu semasa melihat dia (arwah ibu) mendapatkan bantuan pernafasan.

"Saya memang tak tidur setelah melihat keadaannya waktu itu.

"Saya hanya bersendirian di sisinya membacakan surah Yassin, berbisik di telinganya dan sekadar menatap wajahnya puas-puas," cerita Zizan penuh syahdu seolah-olah sudah dapat menjangka yang ibunya tidak akan hidup lama lagi.



Baca Selanjutnya

Kenangan itu pastinya akan dikenang oleh Zizan sebelum ibu tersayang, Bibi Kalsom Md Sidek, 61, menghembuskan nafas terakhir di wad itu di samping tujuh orang anaknya kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar dalam pukul 3 petang semalam.

“Saya redha dengan ketentuan-Nya. Ibu saya sudah lama menderita penyakit radang paru-paru sejak empat tahun lalu cuma pada minggu terakhir puasa baru penyakit itu serius.

“Semasa malam pertama dia dimasukkan di wad, saya sempat temankan dia tidur...,” luahnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa.

Zizan yang masih mempunyai ayah, Johari Rahmat, 57, berkata dia tetap akan meneruskan kerjaya seninya walaupun hatinya masih sedih atas berita pemergian ibunya itu.

“Saya, pelakon Tony Eusoff, Fauziah Nawi dan Farah Alia akan berada di Bukit Mertajam Country Resort, Pulau Pinang untuk menjayakan program karnival bersama keluarga.

“Program itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk biasiswa kepada pelajar miskin,” beritahunya mengenai aktiviti anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang dan alumni Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam itu.

Dalam pada itu, Zizan berkata dia ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Antaranya pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah, penduduk Taman Sri Endah Sungai Besar, saudara mara, sahabat handai yang telah menguruskan jenazah arwah ibu saya serta rakan media dan artis yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada saya," ucapnya.