Disember 19, 2009

(Cerita Artis) Zizan Nin Kahwin Bulan Depan !!!


Artis yang mempunyai kebolehan dan pakej yang sempurna ini jarang sekali kedengaran di media cetak atau pun elektronik, tetapi setiap kalau watak yang dibawanya menjadi idola dan perbualan segenap masyarakat di Malaysia. Bukan kerana kejelikan atau kepincangan tetapi watak yang dibawa dengan jayanya. Sebelum ini zoom ada berkongsi mengenai Arwah Ibu Zizan yang meninggal Oktober lalu, mungkin zizan sekarang ini memerlukan sesorang disampingnya..Jum kita zoom Cerita artis yang serba sederhana dalam publisiti di Malaysia ini mengenai perkahwinan dan hubungannya dengan si bakal isteri yang bukan di kalangan orang seni ...!!!




Baca Selanjutnya

Sudah mengenali hati budi sang puteri idaman sejak lebih setahun lalu, pelakon kacak berusia 36 tahun ini menjelaskan bahawa kekasihnya itu bukanlah insan seni atau selebriti.

"Dia orang biasa dan bukannya selebriti. Kami sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Saya dan dia menjadi rapat selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan.

"Alhamdulillah, dia memahami saya dan karier saya. Arwah ibu saya sempat bertemu dengannya sebelum ibu meninggal dunia Oktober lalu,'' katanya ketika ditemui media sewaktu pembukaan Celebrity Fitness di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, minggu lalu

Mengulas lanjut, Zizan berkata, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dia dan teman wanitanya sudah pun menjalani kursus perkahwinan yang diadakan pada cuti Aidiladha yang lalu.

Ketika ini, jelasnya, dia sedang sibuk membuat persiapan untuk bertunang terlebih dahulu dan selepas itu menguruskan pula persiapan berkahwin.

"Buat persiapan bertunang dahulu. Untuk majlis pernikahan dan bersanding nanti, selain kami berdua, akan ada perunding perkahwinan untuk menguruskan persiapan tertentu.

"Insya-Allah, saya akan mengambil cuti selama dua minggu untuk pernikahan nanti. Tidak boleh cuti lama-lama kerana jadual kerja saya cukup padat,'' katanya yang masih teringat akan pemergian arwah ibunya pada Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga teman wanitanya, Zizan menjelaskan, dia mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan keluarga bakal mertuanya mengenai kedudukannya sebagai orang popular.

"Kita artis, sibuk dengan kerja. Ditambah dengan perihal perceraian di kalangan artis yang dilaporkan di media.

"Semua itu sedikit sebanyak membuatkan mereka bimbang. Tetapi, Alhamdulillah, mereka dapat menerima saya seadanya,'' kata Zizan yang sentiasa melemparkan senyuman.

Malah Zizan turut memberitahu bakal isterinya bertudung dan sekita 20an, bertuahnya siapa yang dapat menjadi suami Zizan ni..Semoga hari yang bahagia itu akan menjelma..!!! APa kata anda ???