Disember 10, 2010

Permintaan melampau Zizan Nin Dalam Teater Muzikal Tun Mahathir

Huh...panas juga cerita ni apabila Zizan ataupun pengurus beliau meminta bayaran tinggi mengalahkan Maya Karin dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir. Seribu satu cerita juga yang timbul dalam pementasan yang akan dipentaskan pada 21 hingga 30 januari 2011 nanti. Berikut "statement" Menurut Siti Rohayah Attan selaku penerbit Teater Muzikal Tun Mahathir kepada wartawan manggaonline 


"Zizan pada mulanya bersetuju untuk berlakon dalam musim kedua, namun segalanya musnah selepas pengurus Zizan memutuskan untuk tidak bersetuju kerana bayaran yang diterima kurang memberansangkan.

"Memang terjadi dalam setiap produksi selalunya bayaran pertama akan lebih banyak kerana masa latihan panjang yang diperuntukkan. Musim kedua sepatutnya lebih mudah kerana masing-masing telah pun mengetahui perwatakan dan jalan cerita.

"Pengurus Zizan meminta harga yang tidak pernah terjadi dalam sejarah Istana Budaya, even Maya Karin tidak dapat harga tersebut untuk teater. Dan dia meminta royalti ke atas setiap barangan yang tertera gambar Zizan.

"Sungguh sayang kerana Zizan pelakon yang bagus namun pengurusnya menutup peluang untuk dia berkembang," ujarnya yang sedang mempertimbangkan Ady Putra menggantikan watak Tun Mahathir sewaktu remaja.



ZoOm : entahlah malas nak salahkan siapa-siapa sebab mereka je yang tahu...