Van JAIP yang membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik selepas bergerak 200 meter, kerana menerima arahan penangguhan hukuman sebat daripada pihak atasan. Alasan ‘menghormati bulan Ramadhan’ diberikan kepada keluarga Kartika, telah menyebab’kan satu keluarga Kartika agak berang kerana mereka telah bersedia dari segi mental & fizikal untuk menerima hukuman 6 kali sebatan rotan. Kartika merupakan wanita pertama yang disebat akibat kesalahan meminum arak.
Walaupun ramai pihak yang berpendapat hukuman sebat terhadap Kartika tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang wanita..malah ramai yang berharap kartika merayu mengurangkan hukuman sebatan namun beliau menolak...memang tabah wanita ini..!!!!