Januari 09, 2010

(Cerita Artis) Aswad Akademi Fantasia bakal menjadi ayah !!!


Tahniah ZoOm ucapkan kepada anak muda yang juga kelahiran Akademi Fantasia 5 ini, namun beliau bagaikan sabut kelapa yang sukar untuk timbul didasar sungai atau lautan sekalipun.Mungkin kerana ada pihak yang terlepas pandang kehadiran beliau di arena seni tanah air..!!!




Baca Selanjutnya

Katanya, bukan mudah untuk mengharungi dunia hiburan seperti yang disangkanya sewaktu berada di dalam AF5. Selepas keluar dari Maestro, segala perjalanan karier diatur sendiri.

"Tipulah kalau saya kata saya tak bosan. Saya bosan dengan dunia hiburan kita. Saya fed up disebabkan show, ditambah pula keadaan ekonomi sekarang, sebulan ada dalam dua atau tiga show sahaja.

"Saya buat percubaan untuk keluarkan single sendiri, saya nak tengok penerimaan masyarakat. Kalau berjaya mungkin akan keluar album penuh, tapi kalau gagal saya akan tarik diri dari dunia hiburan ini.

"Ini mungkin percubaan pertama dan mungkin juga yang terakhir dari saya,"
ujarnya yang telah membelanjakan hampir RM5,000 untuk tujuan itu.


Aswad bersama isterinya Nur Ilina Mohd Tahir yang kini hamil tiga bulan.



"Isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Dia dan keluarganya banyak memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni ini,
" ujarnya yang kini telah menetap di Kuala Lumpur.


Apa kata anda ? kesian ? silap siapa ?