Januari 10, 2010

(Cerita Artis) Suami Isma Akademi Fantasia hanya pantau kerja dari jauh !!


Alangkan bahagianya pasangan ini, yerlah sebab si suami faham akan tanggung jawap sebagai suami seorang artis. Jangan jadi macam suami atau isteri sesetengah artis tu yang tidak faham akan kerja sebagai seorang artis..!! Jum kita Zoom "Statement" Isteri orang ini !!!



Baca Selanjutnya

Hasrat ibu kepada lima orang anak untuk mempunyai album bersama suami tercinta, Zulkifli Majid atau Zul masih diperingkat perancangan.

"Impian saya hendak ada album bersama abang Zul dan kalau boleh mahu nyanyikan semula lagu-lagu Melayu lama. Saya peminat lagu lama seperti Laksamana Raja Di Laut.

"Lagi pula dulu saya penyanyi lagu-lagu asli, tapi sebelum itu kita tengok dulu penerimaan orang ramai terhadap lagu duet ‘Andai Bisa’ jika positif baru kami teruskan rancangan itu," ujar Isma.

Ketika ditanya tentang kehidupannya sejak bergelar artis, Isma berkata tiada apa yang berubah malah hubungan dia bersama suami dan anak-anak semakin rapat.


Jika dahulu Isma sering ditemani oleh suaminya ke mana-mana majlis namun kebelakangan ini tidak lagi, kata Isma suaminya kini hanya memantau pergerakannya dari jauh sahaja.

"Dia pun ada kerjaya sendiri, sudah beberapa bulan dia lepaskan saya sendiri dan pantau dari jauh sahaja.

"Saya sangat bersyukur mendapat suami yang memahami dan membantu saya dalam urusan kerjaya.

Apa kata anda ?