"Sekarang saya tengah cari calon selepas kejadian buruk yang berlaku raya tahun lepas. Memang saya sedih, kawan-kawan rapat saja yang tahu keadaan saya.
"Lepas kejadian itu, saya tak fikir untuk bercinta. Bila bercinta semuanya indah sebab cinta itu buta, oleh itu saya perlukan kawan-kawan untuk turut menilai wanita yang rapat dengan saya.
"Saya beringat sebab saya berkahwin bukan untuk diri saja tetapi untuk keluarga," ujar Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Leez AF suatu ketika dulu.
Baca Selanjutnya
Nampaknya rezeki Zizan dan Johan sentiasa melimpah. Buktinya mereka masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan Raja Lawak musim keempat.
"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin," ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini.
Selain terlibat dengan Raja Lawak, Zizan menerima banyak tawaran berlakon filem antaranya Kapoww dan Uncle Usin sebagai teraju utama. Biarpun dikenali sebagai pelawak, namun jejaka berusia 25 tahun ini mahu mengembangkan bakatnya sebagai penghibur.
"Kalau boleh saya nak sentiasa mantapkan kerjaya sebab kita tak tahu bila saat kita akan jatuh. Bagi saya pesaing tak wujud sebab semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Oleh itu, janganlah fikir bagaimana untuk jadi bagus sebaliknya buat untuk jadi bagus," tambah Zizan lagi.
Musim terbaru Raja Lawak akan menyaksikan gandingan otai lawak untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.
Zoom Komen: ALhamdulillah murah rezeki JOhan Dan ZIzan,walapun gossip sana sini kedengaran namun rezeki artis raja lawak ni datang melimpah2.eruskan perjuangan Anda berdua...Apa Komen U alls!!! Jangan BAca Je KOmen laa !!