Oktober 02, 2009

(Gossip Indonesia) KD Dicemu Gara-Gara Bukunya !!!!


JAKARTA, 9 SEPTEMBER 2009: Sejak Krisdayanti melancarkan buku kontroversi My Life My Secret yang memuatkan segala yang sejarah hitam dalam hidupnya, penyanyi terkenal Indonesia itu tidak henti-henti menerima cemuhan.

Malah, tindakannya mengulang cetak semula buku itu dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara termasuk Malaysia, turut mendapat kecaman yang hebat daripada beberapa pihak di sana.

Yang nyata, Krisdayanti yang lebih mesra digelar KD, langsung tidak gusar dengan pendedahannya tentang ketagihan dadah suatu ketika dulu serta kisah pergolakan rumah tangganya yang sudah menjadi buah mulut di rantau ini.



Baca Selanjutnya

"Saya berharap apa yang saya paparkan dalam buku itu sama sekali tidak akan mengurangkan kecintaan peminat terhadap saya. Saya sedar pasti akan ada yang kecewa apabila membacanya tetapi itulah kenyataannya.

"Setiap orang punya kisah silam masing-masing tetapi apa yang penting di sini ialah bagaimana kita mampu berjuang untuk menghadapinya dengan berusaha untuk menjadi lebih baik," kata penyanyi lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu itu.

KD yang diakui mempunyai peminat yang cukup ramai di Malaysia juga tidak khuatir apabila saat ini dia dihina serta dijadikan bahan kritikan masyarakat.

"Saya terima segalanya risiko tentang pengedaran buku ini dengan tenang. Saya juga sudah biasa dicemuh. Tapi apa yang penting saya memang mahu ke sana (Malaysia)," katanya yang baru-baru ini menerima penghargaan Anugerah Senayan City's Infinete 2009.

Difahamkan, KD akan datang ke Kuala Lumpur selepas raya nanti untuk melancarkan buku itu.

Baru-baru ini dia dilaporkan telah diceraikan dengan talak 3 oleh suaminya, Anang Hermansyah. Anang mendakwa KD seringkali curang terhadap dirinya dan ia juga diketahui oleh anak-anak dan rakan artis yang rapat dengannya.

Tidak lama dulu dalam sebuah buku lain, KD juga antara artis yang membuat pengakuan menggunakan suntikan Botox ke atas wajahnya. Dia dikatakan menerima hadiah barangan berjenama yang mahal-mahal daripada rakan artis termasuk Dato' Siti Nurhaliza yang juga salah seorang rakan baiknya.

Kali terakhir KD ke sini adalah untuk menonton Konsert Satu Siti di Istana Budaya (IB) dan dia begitu terharu melihat hasil persembahan penghibur terkenal dari Kuala Lipis itu.

Zoom KOmen: Makin lama makin Hangat Cerita KD ni..Kesian Pun ada geram pun ada..!!

Info : Murai