AKIBAT gosip orang ketiga dan berselingkuh yang menyebabkan penceraian Anang dan Krisdayanti (KD), KD kini dicemuh oleh peminatnya.
KD yang terkenal dengan lagu 'Yang Ku Mau' akur dengan gelagat peminat-peminatnya yang fanatik.
"Fans KD memang fanatik banget. Bila ada masalah begini mereka jadi sakit hati dan berbalik mencemuh KD. Soal benar atau tidak tidak diambil kira," ujar pengacara Elsie Lontoh, yang juga menjadi jurucakap bagi pihak KD ketika ditemuramah.
Walaupun cemuhan diterima, para penggemar KD tetap setia mendampingi. Setiap harinya hampir ratusan SMS dan email diterima Elsie dari para penggemarnya.
Baca Selanjutnya
Banyak di antara mereka terkejut dengan berita tersebut. Ramai di antara mereka yang meminta agar ibu dua anak itu tidak bercerai.
"Fans-fans KD berasa mereka sangat rapat dengan KD. Ramai yang fanatik kerana KD melayan mereka dengan baik," jelas Elsie.
Meskipun sudah bercerai, KD masih tidak dapat melupakan saat mula dia jatuh cinta dengan Anang.
Ketika KD menjadi bintang tamu acara ulang tahun di sebuah acara VIP, KD menyanyikan 6 buah lagu. Namun ketika dia menyanyikan lagu 'Menghitung Hari', ibu 2 anak itu sempat berhenti di tengah-tengah lagu dan tampak jelas terharu.
"Dua belas tahun lalu saya menyanyikan lagu ini untuk orang lain, sekarang lagu ini buat saya sendiri," ujarnya dengan mata berkaca-kaca.
Nyanyian KD memukau tuan rumah serta undangan yang hadir tapi dia kembali emosi ketika melantunkan lagu 'Mencintaimu'.
"Ini untuk orang-orang yang saling jatuh cinta," tuturnya sebelum menyanyi dengan wajah sendu.
Zoom Komen: Nak Buat Macam mana KD dah ko buat hal,masa buat tak ingat anak kat luar..bukan nak kutuk tapi kalau dalam mahkamah pun bebudak kalau dah cakap 99 % betul.. APa Komen U alls !!?