Januari 10, 2010

(Gossip) Akim mangsa dalam gosip pergaduhan dengan wartawan


Bintang remaja, Akim makin popular. Debaran Akim untuk melihat respon peminat terhadap siri itu semakin reda kerana ia nyata mendapat sambutan baik daripada peminatnya. Bagaimanapun debaran yang lebih kencang menanti Akim apabila akan turun ke gelanggang Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) pada Ahad ini, 10 Januari.



Baca Selanjutnya

Menjawab soalan yang lebih panas tentang gosip dia bergaduh dengan seorang wartawan hiburan, baru-baru ini, Akim berkata perkara itu sudah selesai dan hanyalah salah faham. Lebih dashyat, isu ini dikatakan timbul akibat keluarga Akim tidak merestui hubungan akrab Akim dan wartawan tersebut.




"Sebenarnya, apa yang berlaku tidaklah sampai ke tahap bergaduh seperti yang digembar-gemburkan. Akim hanya boleh cakap, ia cuma salah faham saja
," katanya.

Ditanya apakah puncanya, Akim akui ia disebabkan tindakan pihak ketiga yang telah menjadi batu api dan cemburu dengan hubungan rapat mereka selama ini.


"Akim dan dia hanyalah sekadar rapat sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Akim sendiri tak faham mengapa orang berkenaan (orang ketiga) cuba jadi batu api
" kata Akim yang enggan memanjangkan lagi isu itu kerana ia telah berakhir.

Zoom: Kesian kat AKIM ni, tak habis-habis gossip mengenai beliau...Apa kata anda ?