Memaparkan catatan dengan label AF9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AF9. Papar semua catatan

Mac 29, 2011

Akademi Fantasia 9 : Gambar Pelajar Dan Tenaga Pengajar AF9

Inilah wajah pelajar Akademi Fantasia yang akan menemui anda tidak lama lagi pada 4 April 2011, dan untuk makluman pihak Astro akan membuat pengumuman pada hari isnin ini bertempat di  legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa.

Dan buat pertama kalinya program AF9 akan berada di dalam kawasan membeli belah yang telah dipilih oleh orang berkenaan. Jusco Aeon Setiawangsa akan menjadi penempatan pelajar daripada pagi sehingga petang.

Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir - Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri - Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul - Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay - Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib - Melaka).

Mac 07, 2011

Akademi Fantasia 9 : Aznil Sah Pengacara AF9

Akhirnya teka-teki yang menghantui peminat Akademi Fantasia  akhirnya terjawap dengan pengumuman pihak pengurusan astro kepada media.
Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.
Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.

Januari 15, 2011

Ujiabakat Akademi Fantasia (AF9) Secara Online


Mungkin ramai yang belum tahu bahawa ujibakat Akademi Fantasia untuk Akademi Fantasia (AF9) sedang giat dijalankan di beberapa bandar utama di seluruh negara.
Untuk musim baru ini, Akademi Fantasia (AF9) tampil berbeza di mana ujibakat boleh dijalankan secara online iaitu melalui video anda yang diupload ke laman Youtube.
Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia (AF9)
Sabah:
Hotel Promenade, Kota Kinabalu – 28, 29 dan 30 Januari 2011
Kuala Lumpur:
Stadium Nasional, Bukit Jalil – 11, 12 dan 13 Februari 2011

Disember 12, 2010

Akademi Fantasia 9 adalah yang terakhir terbitan Astro

Kalau betullah gossip yang wartawan Murai kongsi dengan pembaca dilaman web tersebut sudah pasti membuatkan peminat fanatik dan setia Akademi Fantasia terkilan dan sedih dengan apa yang ZoOm baca dan dengar. Namun hari demi hari aura Akademi Fantasia semakin pudar, dan mungkin sebab itulah pihak Astro bertindak menjadikan AF9 sebagai pentas yang terakhir. APa pun berikut "Statement" daripada laman web Murai mengenai gossip ini.


10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) akan kembali tidak lama lagi. Tapi, apa yang mengejutkan Murai Batu, AF9 kali ini akan menjadi program AF terakhir yang diterbitkan oleh Astro.

Disember 04, 2010

Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9 !!

Entah betul ke tak sebab gossip ni ZoOm dapat dari laman forum cari, maklumlah salah satu sumber utama ZOoM untuk dikongsi bersama dengan pembaca dan Fans di Zoomartis.


Menurut si penulis abang Amy Search kita berkemungkinan menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim ke 9, berikut Zoom sertakan coretan dan luahan si penulis.



Berpengalaman luas, pernah jatuh bangun dalam dunia seni. Tak asing lagi, Amy Search telah diperkatakan akan menduduki kerusi panas sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9). Setiap tahun, ramai yang bersuara mengenai Akademi Fantasia sudah tidak revelan. Tetapi, kami tengok produk-produk yang keluar daripada AF makin lama menguasai pasaran. Tengok sahaja, Aizat, Shahir & Akim