Januari 15, 2011

Ujiabakat Akademi Fantasia (AF9) Secara Online


Mungkin ramai yang belum tahu bahawa ujibakat Akademi Fantasia untuk Akademi Fantasia (AF9) sedang giat dijalankan di beberapa bandar utama di seluruh negara.
Untuk musim baru ini, Akademi Fantasia (AF9) tampil berbeza di mana ujibakat boleh dijalankan secara online iaitu melalui video anda yang diupload ke laman Youtube.
Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia (AF9)
Sabah:
Hotel Promenade, Kota Kinabalu – 28, 29 dan 30 Januari 2011
Kuala Lumpur:
Stadium Nasional, Bukit Jalil – 11, 12 dan 13 Februari 2011


Mereka yang tidak dapat hadir ke tempat -tempat ujibakat yang dinyatakan boleh lah menjalankan ujibakat sendiri dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Pilih lagu yang di senaraikan di laman web ini [Link].
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Muat naik video anda di www.youtube.com
4. Muat turun borang uji bakat yang terdapat di laman web ini. [Link]
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
7. Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
8. Tempoh uji bakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011
Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.com.my
Syarat uji bakat:
1. Peserta lelaki dan wanita
2. Umur 18-45 tahun (pada Januari 2011)
3. Terbuka buat warganegara Malaysia, Singapura dan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.


ZoOm : WOw Satu fenomena yang baru diperkenalkan di Malaysia, bagi ZoOm memang masa yang sesuai sebab selain daripada memudahkan pemilihan dijalankan kos yang digunakan untuk ujibakat boleh disalurkan untuk kegunaan lain.



Apa kata anda di ZoOmartis DOt Net