Mac 02, 2010

(Cerita Artis) Kecik, Idlan dan Alex "FInal" Raja Lawak



Tahniah diucapkan kepada Alex, Idlan dan Alex kerana berjaya sampai ke pusingan akhir gelangang Raja Lawak Musim 2010.


GELANGGANG akhir Raja Lawak 4 pada malam Ahad ini bakal menyaksikan kemaraan dua wakil Sabah, Kumpulan Kecik dan Alex serta seorang wakil Kedah, Idlan beradu nasib untuk bergelar Raja Lawak musim ini.
Kemaraaan mereka meninggalkan Kumpulan Mamu yang tersingkir setelah mendapat undian terendah, 19.8 peratus di persaingan separuh akhir, kelmarin.
Persaingan di separuh akhir (Minggu 9) menyaksikan persaingan semakin sengit dan pola undian yang tidak dapat diramal di kalangan peserta.
Keputusan malam separuh akhir, kelmarin menyaksikan Kumpulan Kecik mengungguli kedudukan dengan 29.3 peratus, Idlan (25.7), Alex (25.2).

Zoom: SIapakah Pilihan anda sebagai juara Raja Lawak Musim ke 4 ???