Memaparkan catatan dengan label Aishah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aishah. Papar semua catatan

Mei 02, 2012

Gambar Kak Aishah Join Bersih 3.0

Tabik spring ZoOM dekat akak Aishah kita yang berani tampil tanpa berselindung untuk mengekemukan pendapat beliau. (Bukan Akak Ni tau yang terbalikkan kereta). Bagi ZOoM tak kisahlah siapa yang bakal menjadi pemimpin samada BN ataupun Pakatan, tetapi pemimpin kena buktikan kepada rakyat(termasuk ZoOM) mengenai halatuju perjuangan mereka.

Jangan asyik menindas dan mempergunakan je dah lah, dan ada pula pemimpin yang hanya nampak muka dikala pilihanraya semakin dekat.

Semoga apa yang berlaku tidak akan menggangu gugat keamanan yang kita kecapi ketika ini.

ZoOM : Apa Komen Anda di ZoOMartis dan Facebook ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Jun 25, 2010

Gambar dan Cerita Aishah Dan Suami !!!

Setelah sekian lama menjanda, penyanyi Aishah akhirnya bernikah semula dengan lelaki pilihan hatinya, faizal haji zulkifli. Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 45, telah bernikah dengan ahli perniagaan berstatus duda. Lebih bermakna, dua anak lelaki penyanyi lagu Janji Manismu serta Bahtera Merdeka itu turut merestui hajat tulus ibu mereka.

"Kehidupan saya dan anak tiada masalah sepanjang 10 tahun membesarkan mereka. Tapi hati saya ini akhirnya terbuka untuk berkahwin semula selepas bertemu dengan lelaki yang tepat untuk menjadi teman hidup.

"Calon suami saya bukanlah bergelaran Datuk kerana yang penting dia boleh membahagiakan kami sekeluarga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Aishah sebelum ini pernah dua kali berkahwin, pertama dengan jejaka Singapura dan kedua dengan warga New Zealand, Muhammad Abdullah atau Che Mat pada 1 September 1997 di Auckland.

Mereka dikurniakan seorang anak Azhad Ahlami Muhammad, 10. Selain itu, Aishah ada anak angkat, Armand Azhari Abdullah, 16. Bagaimanapun, pada 13 September 2000, Aishah memfailkan permohonan cerai fasakh dan hak penjagaan anak di Mahkamah Majistret Ampang mengikut Seksyen 4 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.



Zoom: Semoga Bahagia sampai ke akhir hayat...

November 30, 2009

(Cerita Artis) Aishah Menang Ganti Rugi Am Kes Saman Terhadap EMI !!!


PETALING JAYA: Selepas 10 tahun, akhirnya kes saman penyanyi Aishah terhadap syarikat rakaman EMI (M) Sdn. Bhd. atas dakwaan memungkiri perjanjian selesai didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Keputusan yang memihak kepada Aishah, 44, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin selaku plaintif, disambut dengan nafas lega dan rasa kesyukuran.

"Walaupun saya tidak dapat ganti rugi seperti yang dituntut, setidak-tidaknya saya dapat menuntut ganti rugi am dan lain-lain kos perbicaraan yang akan ditentukan kemudian.
"Kejayaan ini begitu bermakna kepada saya kerana susah payah saya selama bertahun-tahun. Saya naik turun mahkamah begitu lama....bayangkanlah, sampai anak saya pun dah besar,"
jelas Aishah dalam satu perbualan telefon sejurus selepas melangkah keluar dari mahkamah.



Baca Selanjutnya

Aishah, memfailkan saman tersebut pada 6 Disember 1999, dan beliau telah diwakili peguam Hasnal Rezua Merican.

Dalam pernyataan tuntutan terpindanya, penyanyi menuntut ganti rugi RM406,000, ganti rugi am bagi melanggar kontrak, pembayaran royalti, kos dan faedah kerana mendakwa defendan telah memungkiri kontrak antara kedua-dua pihak.

Selain perintah injunksi, Aishah menuntut perintah supaya EMI menyerahkan semua album dan artikel yang mencerobohi hak ciptanya yang kini berada dalam milik syarikat berkenaan.

Kes saman itu pernah dibatalkan pada 2 November 2004 selepas Aishah gagal hadir untuk pendengaran kes tersebut.

Bagaimanapun pada 3 Ogos 2005, Hakim Tee Ah Sing telah membenarkan permohonan Aishah untuk menghidupkan semula saman dan pernyataan tuntutan terpinda.

EMI dalam pernyataan pembelaannya pula menafikan dakwaan Aishah dan mengemukakan tuntutan balas membabitkan ganti rugi sebanyak RM93,071.66 daripada penyanyi tersebut.

"Yang penting, semuanya dah selesai dan saya boleh teruskan kerja saya macam biasa. Selama 10 tahun kes ini berjalan, saya mengalami banyak kerugian. Perjalanan kerjaya saya juga turut terjejas disebabkan kes ini.

"Saya tidak menyangka yang mahkamah akan buat keputusan hari ini. Nak jadi cerita sebelum saya ke mahkamah pagi tadi, tayar kereta saya pula pancit...," jelas ibu tunggal kepada dua orang anak - Arman Azhari, 13 dan Azhad Ahlami, 7.

Menurut Aishah, dia akan membuat kenduri kesyukuran sedikit masa lagi untuk meraikan kejayaannya.

"Saya benar-benar rasa lega kes ini sudah berakhir. Ini bukan soal wang ringgit tapi soal prinsip. Saya tidak suka hak saya sebagai artis diperlekehkan...," jelas Aishah yang kini bernaung di bawah syarikat Sony-BMG Records.

Penyanyi berusia 41 tahun ini memfailkan saman terhadap EMI (M) Sdn Bhd kerana masalah yang berlanjutan dari pembatalan program promosi album Hari Raya "Pulanglah Perantau."

EMI mendakwa penyanyi Aishah enggan mengikuti jadual di televisyen 11 tahun lalu telah menjejaskan nama syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn Bhd, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu Selasa.

Bagaimanapun, Aishah berkata, dia telah menghantar memo menyatakan keengganannya melakukan promosi itu memandangkan album hari raya itu masih belum siap dan gambar album belum diambil.

"Sekarang saya dah boleh tutup buku lama dan buka buku baru. Lepas ni boleh lah saya tumpukan pada promosi lagu single saya 'Yang Hanya Ada Kenangan' (ciptaan Azlan Abu Hassan)," jelas penyanyi yang meniti populariti dengan lagu 'Janji Manismu.'

Aishah, masih menaruh harapan lagu barunya itu akan mendapat tempat di hati peminatnya walaupun lenggok lagu kali ini agak berbeza dari lagunya yang dulu.

"Ramai yang kata lagu ini kurang menyengat berbanding lagu-lagu sebelum ini tapi saya sengaja memilih lagu seperti ini kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.

“Saya hendak sesuatu yang berbeza dan ini lah hasilnya. Tapi apa yang saya risau bila ramai yang tidak dapat meneka lagu itu lagu saya. Saya harap selepas lagu ini selalu dimainkan di radio, orang boleh terima lagu ini," kata Aishah yang masih aktif dengan perniagaan kraf tangannya.

Info : Mstar

Zoom KOmen : Akhirnya Akak Aishah menang juga setelah 10 tahun berjuang..Apa kata anda !?

November 19, 2009

(Gossip)Aishah Kecewa Single Terbarunya Tidak Diputarkan !!


Kesian kat Akak Aishah ni,penat lelah dan duit yang dilaburkan untuk mengeluarkan Album terbaru tidak berbaloi.Kalau bukan di radio dekat mana lagi nak promosikan lagu-lagu terbaru.Kalau dekat You Tube zoom perasaan gadis-gadis muda berbakat je yang menonjol.!! Jum kita zoom luahan akak Aishah mengenai Album dan Peranan Radio ni!!!



Baca Selanjutnya

Single saya susah nak dapat radio 'air play' (lagu tidak diputarkan). Artis veteran seperti saya terpaksa mengeluh dalam situasi industri muzik sekarang kerana kami tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan.

"Sampaikan kami (artis) dan syarikat record tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikehendaki stesen radio hari ini. Anda mendengar lagu-lagu artis luar negara diputarkan secara kerap sampai kita hilang motivasi untuk membuat lagu baru," katanya.

Sehubungan itu, Aishah memberitahu pihak berkuasa terbabit seharusnya mewujudkan dan mengenakan peraturan ataupun kuota berhubung jumlah lagu tempatan yang dimainkan oleh stesen-stesen radio tempatan.

Jelasnya, ini bagi memastikan stesen-stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan.

"Kita mempunyai banyak bakat tempatan. Bila kita dengar lagu-lagu artis luar negara yang dimainkan, apalah yang sedap sangat. Bila saya tanya 'kenapalah?'.

"Bila saya tanya kenapa tak main single saya, jawapan yang biasa saya dengar ialah 'Kami rasa para pendengar tidak menyukainya."

"Saya tanya balik... 'Bagaimana kamu tahu para pendengar tidak menyukainya sedangkan stesen radio anda langsung tidak memainkan lagu tersebut?" kata Aishah yang pernah mengeluarkan album 'Aishah' pada 1990.

Album 'Aishah' memuatkan lagu-lagu hit seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Bahtera Merdeka. Ia adalah antara album yang mencatat jualan tertinggi.

Tambah Aishah lagi, kajian yang dijalankan mendapati apa-apa lagu termasuk lagu 'Twinkle, Twinkle, Twinkle Little Star' akan menjadi lagu hit sekiranya kerap dimainkan

Zoom KOmen: Patut la lagu-lagu dari seberang je yang HOT..APa KOmen anda !?

Oktober 22, 2009

(Gossip) Aishah AF7 tidak tahu dikatakan seksi! !!



Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi namun apabila dilemparkan kenyataan sedemikian, gadis manis dan suka tersenyum ceria ini lantas tertawa dan menjawab dengan tenang.

"Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang pakaian saya. Saya tak tahu pun macamana orang boleh kata saya seksi sedangkan pakaian saya setiap kali keluar rumah hanyalah baju t dan seluar jeans serta bergaya 'biasa-biasa' sahaja," katanya.




Baca Selanjutnya

"Saya bukanlah jenis suka berpakaian seksi dan pentingkan cara berpakaian kerana saya seorang 'public figure'. Jadi, saya tidak akan pakai sebarangan baju," tambahnya lagi.

Namun begitu, Aishah menafikan yang dirinya mempunyai hubungan cinta dengan Akim itu seperti yang digosipkan sebelum ini. "Kisah saya dan Akim hanya 'cerita' dalam Astro dan sekarang kami sudah lama tidak berjumpa kerana dia sibuk dengan lakonan manakala saya pula sibuk dengan 'show'," jelasnya.

Oktober 17, 2009

(Gossip) Cinta AF7: Akim dan Aishah !!


Gosip cinta sesama bintang Akademi Fantasia (AF) sudah menjadi lumrah program realiti TV itu sejak musim yang pertama lagi. Bagi musim ini, Akim dan Aishah pula telah digosipkan walaupun sudah berkali-kali mereka menafikannya. Gosip cinta mereka telah membuatkan peminat masing-masing bertindak menubuhkan kelab peminat (FC) yang menggabungkan nama mereka iaitu 'Aiskim’.






Baca Selanjutnya

"Bagi kami gosip cinta hanyalah gosip. Kami sekadar berkawan. Bukan saja dikaitkan dengan Akim tapi juga Qhaud. Bagi Aishah, Qhaud juga sekadar kawan biasa dan selepas AF7 habis, kami selalu berkomunikasi kerana banyak aktiviti promosi membabitkan kami semua dan Qhaud banyak membantu Aishah.

"Kalau nak cakap soal cinta, cinta baru Aishah adalah kepada bidang nyanyian yang baru bermula," ujar Aishah

Akim turut sependapat dengan Aishah kerana baginya, gosip percintaan mereka hanyalah tanggapan sesetengah pihak sahaja. Selain itu Akim menafikan dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Indonesia mahupun Juara AF5, Mila Jirin yang juga bertubuh genit seperti Aishah.

Bagi Aishah mahupun Akim, gosip cinta bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan mereka menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan.


Oktober 10, 2009

(Gambar) Aishah Dan Anak-anak Yang Comel !!!


Nampak ceria dan bersemangat keluarga akak Aishah ni, Ini gambar anak-anak dan aishah masa program rumah terbuka baru-baru ini.!! tentu keluarga ini bahagia, yer la kak aishah memang low profile sikit semenjak dua menjakkk ni :P tapi zoom suka penampilan kak Aishah ..Tabik Spring kak akak aishah ni...!!!



Baca Selanjutnya