Oktober 22, 2009

(Gossip) Aishah AF7 tidak tahu dikatakan seksi! !!



Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi namun apabila dilemparkan kenyataan sedemikian, gadis manis dan suka tersenyum ceria ini lantas tertawa dan menjawab dengan tenang.

"Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang pakaian saya. Saya tak tahu pun macamana orang boleh kata saya seksi sedangkan pakaian saya setiap kali keluar rumah hanyalah baju t dan seluar jeans serta bergaya 'biasa-biasa' sahaja," katanya.




Baca Selanjutnya

"Saya bukanlah jenis suka berpakaian seksi dan pentingkan cara berpakaian kerana saya seorang 'public figure'. Jadi, saya tidak akan pakai sebarangan baju," tambahnya lagi.

Namun begitu, Aishah menafikan yang dirinya mempunyai hubungan cinta dengan Akim itu seperti yang digosipkan sebelum ini. "Kisah saya dan Akim hanya 'cerita' dalam Astro dan sekarang kami sudah lama tidak berjumpa kerana dia sibuk dengan lakonan manakala saya pula sibuk dengan 'show'," jelasnya.