Mac 27, 2010

Tarikh Uji Bakar Imam Muda DI Saluran Astro


TARIKH/ LOKASI UJI BAKAT IMAM MUDA:
# 26 - 27 Mac/ Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu
# 2- 3 April/ Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah
# 10 - 11 April/ Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru
# 17 - 18 April/ Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur


Kriteria ditetapkan untuk program ini ialah lelaki berusia 18 hingga 27 tahun, penampilan menarik, memiliki asas pengetahuan agama yang baik, berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mampu menghafal surah lazim dari Ad-Duha hingga An-Nas.

"Kelayakan tambahan adalah memiliki suara yang lunak, boleh menyanyi dan berbahasa Inggeris dengan baik, aura kepemimpinan, sihat fizikal dan mental serta cergas tubuh badan. Sekiranya lulus, peserta akan dibawa ke peringkat kedua iaitu ujian perwatakan dan kecergasan,"




HADIAH lumayan berupa kereta bernilai lebih RM150,000 menjadi habuan bagi peserta program realiti terbaru Astro Oasis (saluran 106), Imam Muda.
Tidak cukup dengan itu sebagai ganjaran, pemenang menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Selain khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.