Mac 27, 2010

Gambar Dr Fazley dan anak keduanya

Alhamdulillah semoga murah rezeki dengan kelahiran anak kedua,kalau tak merancang pun tak apa sebab anda mampu..Kalau anda hanya cukup-cukup makan je...dapat gaji bayar sana bayar sini baki cukup2 je..buatlah perancangan...Kita tinggalkan seketika mengenai perancang ni...Comel tak anak Dr Fazley ni..!!?

Sebagai seorang perunding motivasi, penulis, usahawan, pengacara, penyanyi, pelakon dan juga model terkenal, Fazley yang bakal memasuki usia 32 tahun menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Azrene Soraya selamat melahirkan putera kedua mereka, pagi Ahad lalu (21/3). Anak kedua itu diberi nama Fieradz atau nama timangannya Piyash. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara menerusi pembedahan.