Julai 19, 2009

(Celebrity News) Black nazar bina rumah ayah


Teruja dengan perjalanan baru yang diteroka, Black yang bernaung di bawah syarikat Monkey Bone memberitahu dia sedang dalam perancangan melahirkan single pertamanya sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun, ia masih belum diputuskan dan sebagai orang baru, dia mengikut kehendak pihak yang lebih arif dalam merencana masa depannya.

Ditanya jika berpeluang, dengan karyawan mana dia mahu bekerjasama, dalam malu-malu bercampur teruja, Black menjawab: "Audi Mok atau M. Nasir. Saya juga menyukai Aidit Alfian dan Spider sebab kena dengan jiwa saya yang tak terlalu jiwang dan tak terlalu rock."

Sementara bercakap tentang wang tunai RM100,000, kata Black, sebahagian wang tersebut mahu disimpan dan sebahagian lagi ingin digunakan untuk membina sebuah rumah buat ayahnya sebagai tanda terima kasih.

"Saya memang bernazar membuat rumah untuk ayah di tanah milik ayah di kampung kami di Kupang, Baling, Kedah," katanya yang baru membuat kenduri kesyukuran kemenangannya di Baling semalam.


Zoom Comment: Alhamdulillah Black,Kalau itu la nazar black kami Warga Zoomartis mendoakan semoga Black Di Rahmati Yang Maha Esa.