Julai 26, 2009

(Celebrity News)MUH nak lamar Black (Mentor)


Ketika kecoh dan heboh orang dok bercerita krisis melibatkan penyanyi dan anggota kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), timbul pula cerita baru siapa yang akan menggantikan Lan, penyanyi kumpulan itu?

Menurut cerita yang Niezam dengar daripada orang terdekat, Lan yang sudah angkat kaki dari MUH sebenarnya dah ada kumpulan muzik baru. Maknanya ketika Lan tengah ada krisis dengan MUH dulu, dia rupa-rupanya sudah tubuhkan kumpulan muzik tanpa pengetahuan anggota kumpulannya yang lain.

Kerana krisis yang tak boleh nak diselamatkan lagi, maka anggota MUH pun dah tak kisah Lan nak keluar daripada kumpulan itu.

Khabarnya MUH hendak menawarkan Black, juara Mentor musim ketiga menggantikan Lan.
Apa yang Niezam dengar, anggota MUH menganggap Black mempunyai suara yang mantap dan sesuai menjadi penyanyi utama MUH.

“Dengar cerita setakat ini memang MUH ada hasrat nak panggil Black menggantikan Lan tapi masih belum ada apa-apa kata putus lagi,” kata satu sumber.

Kalau betul ada tawaran itu, rasanya Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah,23, boleh mempertimbangkannya.
Yalah sekarang ni bukan semua artis solo boleh “hidup” pun. Silap-silap hari bulan lepas keluar satu album terus bungkus.

Info : Utusan

Zoom Comment: Bagus la kalau Black Mentor Jadi Pengganti Lan MUH sebab Black Pun suara power jugak..cuma lain sikit la dari suara lan yang kena tarik macam TEH TARIK tu :) apa pun kita tunggu dan Lihat