Julai 25, 2009

(Celebrity News) Jamal Abdillah Sepi Tanpa Teman !!!


“Walau sibuk memenuhi undangan nyanyian dan hidup dalam dunia yang penuh populariti namun hidup saya sebenarnya kosong dan sunyi.

“Sedangkan ikan pun hendak berdua-duaan, inikan saya sebagai manusia biasa.” ltu kata Jamal Abdillah mengenai kehidupannya setelah kembali solo.


Bukan senang menjadi insan bernama Jamal Abdillah. Hidupnya dipenuhi ranjau apabila menjejakkan kaki ke dunia hiburan sejak menjuarai Bintang RTM 1979.

Jamal tak lepas daripada kontroversi yang membabitkan penyalahgunaan dadah, hak penjagaan anak dan penceraian. Itulah harga pengorbanan yang harus dibayar apabila menjadi anak seni.

30 tahun menghambakan diri dalam dunia hiburan, namun penyanyi bersuara emas ini tetap laku. Setakat ini tiada penyanyi lelaki yang boleh menandingi kehebatan suara jantan Jamal.Justeru, konsert Jamal…Kembara Seniman merupakan satu lambang penghargaan dan perjuangan Jamal masih kekal bertahan dalam industri yang sentiasa penuh kontroversi ini.

Jamal yang bakal mengadakan konsert solonya pada 5 hingga 9 Ogos akan menampilkan kelainan berbanding persembahannya yang lepas. Selingan teater muzikal dan temu bual eksklusif tokoh negara akan dimuatkan yang mengisahkan liku-liku hidup insan bernama Jamal Ubaidillah Haji Ali.


Zoom Comment: Kesian Baca Luahan Bro Jamal ni..Kalau Sunyi cari la seseorang yang betul2 memahami Bro Jamal...Ada RAmai lagi kat luar..Tapi Kalau dah ada seseorang tu hargailah pengorbanannya..Kami Warga Zoom Sentiasa mendoakan Bro JAmal ni..Moga bertemu jodoh yang kekal hingga ke akhir hayat..