Fathuddin berkata, dia juga tidak kisah dengan apa sahaja pemilihan watak yang ingin dilakonkan Liyana asalkan ia tidak menjatuhkan maruah keluarga dan diri.
"Saya tak akan menyekat kerjaya Liyana kerana itu adalah kerjanya sejak dahulu lagi.
"Lagipun, dia tahu batasan-batasan yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan pada masa sama tak adalah sampai dia perlu bekerja dari satu ke satu filem yang lain tanpa berehat langsung," katanya selepas majlis pertunangan mereka di kediaman Liyana di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Tambah Fathuddin, dia juga tidak tahu sama ada dirinya akan berasa cemburu atau tidak apabila bakal isterinya itu berlakon dengan lelaki lain memandangkan dia jarang menonton filem-filem Melayu.
Ditanya apakah filem lakonan Liyana yang digemarinya, ahli perniagaan itu berkata, dia suka melihat tunangnya itu berlakon dalam filem Papadom.
Lantas, ketika Fathuddin memberitahu filem lakonan Liyana yang diminatinya, Liyana terus berseloroh dengan berkata: "Hahaha! Dia tak tengok filem-filem Melayu pun. Tapi apabila bersama saya, semestinya dia wajib menonton filem-filem yang ada di Malaysia."
ZoOM : Jika sebelum ini ZoOM berkongsi dengan anda mengenai kisah perkahwinan Scha dan Awal yang mengenakan syarat "Tidak ada Aksi BERPELUK" dalam drama atau filem yang beliau lakonkan. Namun tunang Liyana Jasmay memberi "Lampu Hijau" kepada beliau meneruskan karier sebagai anak seni.
Namun bagi ZoOM ..Siapa tak sayang bini Oiiiii !!!! :)
Apa KOmen Anda ?