Memaparkan catatan dengan label Papadom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Papadom. Papar semua catatan

November 21, 2009

(Cerita Artis)Liyana Jasmay juga boleh menyanyi !!


Pelakon Wanita Terbaik Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem ‘Papadom’ dengan bakat lakonan yang dimiliki memang tidak boleh dinafikan.

Liyana atau panggilan mesranya Nana memanjangkan langkah dengan terjun ke dunia nyanyian. Single pertamanya yang berjudul “Aku Tak Percaya Cinta” ternyata berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanahair.

Dalam masa yang sama, pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun ini teruk dikecam oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak boleh menyanyi dan syok sendiri. Namun, semua kritikan ini tidak melemahkan semangat Nana. Malah, dia terus maju ke hadapan apabila muncul dengan mini album yang memuatkan lima buah lagu termasuk “Aku Tak Percaya Cinta”.



Baca Selanjutnya


“Saya tahu sebelum ini ramai yang mempertikaikan kebolehan menyanyi saya. Ramai yang kritik, kata saya sebenarnya tidak boleh menyanyi. Jadi, dengan adanya mini album ini saya harap ia dapat membuka mata mereka. Biar mereka tahu yang saya sebenarnya boleh menyanyi. Tetapi tidak kisahlah, saya sudah lama bersedia untuk dikritik. Biarlah apa orang nak kata. Dulu masa saya mula-mula berlakon pun, ramai yang kata saya tidak boleh berlakon. Lama-kelamaan, pasti orang akan senyap,”
jawab Nana terus-terang.


November 05, 2009

(Filem) Filem ‘Papadom’ berjaya atasi filem kontroversi ‘Jin Notti’ dan ‘Momok’ !!!!


FILEM ‘Papadom’ bukan sahaja mendapat gelaran terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 pada 8 Ogos lalu malah turut mencatat pungutan tertinggi filem Melayu dalam beberapa bulan ini iaitu hampir RM3.4 juta.

Kutipan filem ‘Papadom’ telah berjaya mengatasi filem kontroversi iaitu ‘‘Momok The Movie’ (RM2.1 juta) dan ‘Jin Notti’ (RM2.05 juta) berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Finas mengikut wajib tayang.

Bagi Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su Lin Pillai, kejayaan ini amat menggembirakan buat seluruh warga Papadom termasuk pengarah dan pelakonnya, Afdlin Shauki.



Baca Selanjutnya

“Selepas 29 hari ditayangkan di pawagam seluruh negara, sudah hampir RM3.4 juta yang berjaya dikutip. Mungkin kita akan tayangkan sehingga dua minggu lagi di pawagam seluruh Malaysia.

“Kami juga gembira apabila ‘Papadom’ juga diundang untuk menayangkan filem itu di Osaka Asian Film Festival di Jepun pada Mac depan.

“Selain itu, kita sedang berunding untuk menayangkan filem ini di Singapura,” katanya ketika dihubungi.

Selain ‘Papadom’, Tayangan Unggul juga berbangga dengan kejayaan filem ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ dengan merangkul gelaran Filem Terbaik dan kutipan box office menerusi filem ‘KL Menjerit’ iaitu RM1.9 juta.

Oktober 22, 2009

(Filem) 'Papadom' berjaya kutip RM2.4 juta dalam masa 13 hari


FILEM terbaik Festival Filem Malaysia, Papadom arahan Afdlin Shauki berjaya kutip RM2.4 juta dalam masa 13 hari tayangan seluruh Malaysia.

Filem yang memenangi lima anugerah dan Afdlin yang turut dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada FFM22, lalu berpendapat karyanya kali ini penting kerana topiknya amat dekat di hatinya, iaitu perhubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak.




Baca Selanjutnya

Tambahnya lagi, 'melihat cara saya bekerja, saya telah bertanya pada diri saya, apa yang akan saya lakukan jika orang yang saya selalu harapkan untuk menjaga anak-anak saya (isteri saya) tidak berada di dalam hidup saya. Ini telah mendorong saya untuk melihat semula perhubungan saya dengan keluarga dan membuat saya menilai betapa pentingnya kehidupan berkeluarga dalam hidup saya’.

Komen pengarah lain:

Aziz M Osman- “Saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton Papadom”

Mamat Khalid- “Saya suka kerja Afdlin dalam Papadom kerana nampak kematangannya dalam sudut pembikinan filem. Segala kerja-kerja disusun atur menjadikannya sebuah karya yang jujur dan 'vibrant'!”

Zoom KOmen: Tahniah kepada pengarah dan pelakon filem ini, APa KOmen Anda !!!?

Oktober 17, 2009

(Filem) Sinopsis Filem Papadom


Filem : Papadom
Genre : -
Bahasa : Melayu
Pengarah : Afdlin Shauki
Pelakon : Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Vanidah Imran
Tarikh tayangan :08 Oktober 2009






Baca Selanjutnya

Sinopsis:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda....