Memaparkan catatan dengan label Vanida Imran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vanida Imran. Papar semua catatan

Januari 19, 2011

Komen Vanida Dan Rashidi Kantoi Dengan Wartawan !!

Tak tahu apa niat pasangan ini ke Mahkamah Rendah Syariah sehinggakan ada lensa kamera sempat mengambil gambar malah ada juga yang mensensasikan pasangan ini bakal mengikut jejak pasangan Sehati Berdansa yang dikatakan mempunyai BADI !!!?
Entahlah malas nak komen...baca je komen Vanida dan anda nilailah sendiri...:

Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.
Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari menyebabkan timbul tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.
Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain.
Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah.

Oktober 17, 2009

(Filem) Sinopsis Filem Papadom


Filem : Papadom
Genre : -
Bahasa : Melayu
Pengarah : Afdlin Shauki
Pelakon : Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Vanidah Imran
Tarikh tayangan :08 Oktober 2009






Baca Selanjutnya

Sinopsis:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda....

April 20, 2009

Gambar Vanidah Imran Dicium Lelaki Romantis, Paris Stail

Vanida Imran tampak begitu gembira tatkala dicium tangannya oleh seorang jejaka Perancis di majlis KL International Film Festival yang berlangsung baru-baru ini. Memang sudah menjadi adat orang Paris menghormati wanita dengan mencium tangan mereka, maka ini bukanlah satu isu yang boleh dihangatkan sangat. Ah, kalau kalian yang wanita diluar sana pun, sudah tentu gembira bukan?