Januari 19, 2011

Komen Vanida Dan Rashidi Kantoi Dengan Wartawan !!

Tak tahu apa niat pasangan ini ke Mahkamah Rendah Syariah sehinggakan ada lensa kamera sempat mengambil gambar malah ada juga yang mensensasikan pasangan ini bakal mengikut jejak pasangan Sehati Berdansa yang dikatakan mempunyai BADI !!!?
Entahlah malas nak komen...baca je komen Vanida dan anda nilailah sendiri...:

Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.
Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari menyebabkan timbul tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.
Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain.
Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah.
Cara itu kata Vanidah menyebabkan Rashidi agak kurang selesa sehingga membuatkan jurugambar berkenaan mungkin menyangka mereka berdua sedang menghadapi masalah rumah tangga.
Kata Vanidah, sebagai pasangan yang menjadi contoh kepada artis-artis lain, hubungannya dengan Rashidi sangat bahagia dan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.
ZoOm : APa kata anda ?