September 15, 2009

(Gosip) Umie Aida Beraya Di Rumah Kekasihnya Dato "K"


SAMBUTAN Hari Raya tahun ini agak istimewa buat aktres jelita, Umie Aida kerana beliau akan menyambut Hari Raya di rumah kekasihnya, Datuk K di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari kedua lebaran.

Menurut Umie, dia akan membawa bersama dua anak angkatnya, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, serta Mohd Zulhilmy, 15 serta adiknya.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan berhari raya di rumahnya (Datuk K). Ahli-ahli keluarganya baik-baik belaka.

"Sudah beberapa kali mereka ajak saya pergi tapi tak dapat pergi.. Jadi pada Hari Raya ini, saya akan pergi ke situ berhari raya," kata Umie sambil tersenyum manis

Romantik Juga si Dato "K" ni,,asal nama Dato K jer sure romantik..Kalau Dato "z" rasa2 macam mana erk...Sure Nak Cepat Habis jer.. !!!