September 15, 2009
(Gossip) Kecoh "Facebook" Ashraf Kena Maki Hamun Pengunjung Dari Seberang !!!!
Ashraf Sinclair (kiri) bersama isterinya, Bunga Citra Lestari.
Menurut sumber yang boleh dipercayai,Kecoh "facebook" Si Suami Glemer ni..Mana taknya berdozen2 pelawat laman "Facebook" si Ashraf ni.Kalau masuk jenguk2 je tak per..Ini siap maki hamun dan bermacam-macam perkataan yang kurang elok di dengar. Sabar la Ashraf siapa suruh kahwin dan keje kat sana, dah ramai tak suka kat negara kita ni nak buat macam mana..!! Walaupun kena maki hamun teruk gilerrr babas Si Ashraf ini tetap menafikan, berikut temu bual Suami Glemer ni dengan seorang wartawan mengenai serangan di "Facebook" nya.
"Saya telahpun dimaklumkan mengenai berita yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut dan saya ingin menjelaskan bahawa keadaan saya di sini sangat baik dan tidak menghadapi sebarang masalah.
"Saya memang bekerja dan mencari rezeki di sini (Indonesia), tetapi semuanya tiada masalah. Saya ada berlakon drama di sini yang berjudul 'Cinta dan Anugerah' dan apa yang membanggakan adalah semua penduduk Indonesia dapat menerima drama lakonan saya itu dengan baik.
"Rating drama tersebut berada di nombor dua sekarang, malah sudah hampir 100 episod pun drama tersebut ditayangkan," katanya.
Menurut Ashraf juga, isu yang disiarkan di Facebook itu juga tidak mendapat sambutan kerana pihak yang terlibat dalam memberi komen terhadap isu tersebut tidak ramai dan tidak aktif.
Ashraf juga menganggap semua ini adalah perbuatan sesetengah pihak yang anti atau tidak suka terhaadap dirinya.
"Saya merasakan semua itu adalah perbuatan sesetengah pihak yang anti terhadap saya... itu adalah perkara biasa, semua orang ada masalah begini, bukan saya sahaja.
"Artis-artis lain juga ada pihak yang anti terhadap mereka. Saya sudah periksa di Facebook, hanya terdapat 150 orang sahaja yang memberi komen pada isu tersebut.
"Dari 200 juta penduduk Indonesia, hanya 150 orang sahaja yang anti saya, ini tidak memberi apa-apa masalah pada saya.
"Di sini, lebih ramai yang menyokong saya dan semua mereka kenal dan minat dengan lakonan saya. Laman web Twitter saya juga sudah mempunyai 11 ribu orang pengikut dan sebahagiannya adalah peminat dari Indonesia.
"Semua itu sudah membuktikan betapa saya diterima di sini dan lebih ramai yang menyokong saya dari yang membenci saya," jelas Ashraf yang kini aktif berlakon di sana.
Ashraf juga menyatakan hasratnya agar peminatnya serta rakyat Malaysia tidak cepat melatah dengan masalah yang sedang berlaku kini kerana Ashraf tidak mahu keadaan antara Malaysia dan Indonesia bertambah buruk.
"Jadi saya ingin meminta semua peminat saya dan rakyat Malaysia tidak melatah dan naik angin dengan apa yang digembar-gemburkan terhadap saya. Saya tidak mahu anda semua fikir bahawa saya telah ditindas di sini.
"Alhamdulillah, keadaan saya baik... saya sangat diterima oleh orang-orang di sini dan tidak mahu keadaan antara Malaysia dan Indonesia menjadi bertambah buruk disebabkan isu seperti ini," katanya.
Zoom Komen : Apa-apalah Ashraf Hati-hati jer di Negara orang..!!!!