Februari 03, 2010

(Gossip) Dayang nafi dialah punca Nurul tidak disambung kontrak

Lama juga tak "Post" Cerita mengenai Dayang Nurfaizah artis kelahiran sarawak ini, mungkin kerana cerita atau gossip mengenai beliau jarang di perkatakan oleh media.Ini adalah gossip terbaru yang Zoom baca hari ini mengenai dayang ni..

Dayang Nurfaizah, 28, menafikan sekeras-kerasnya beliau menjadi punca kontrak Nurul Huda Abdul Wahap, 31, bersama Metadome Sdn Bhd tidak disambung.



Baca Selanjutnya

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty menjelaskan beliau bukanlah menggantikan tempat Nurul sepertimana yang digembar gemburkan, sebaliknya beliau hanya bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk 2 buah single sahaja.


"Nurul sebelum ini artis naungan Metadome, tetapi saya hanya bekerjasama dengan Metadome hanya untuk 2 buah single terbaru saya, iaitu Sayang dan Kutemu Cahaya. Dalam perjanjian bersama Metadome juga, syarikat itu hanya bertanggungjawab untuk memasarkan kedua-dua single tersebut.


"Macam manalah boleh ada gosip yang kata saya caras Nurul. Perkara itu langsung tidak berasas,"
Jelas Dayang

Zoom: Siapalah yang suka menabur fitnah ni...sama-sama kita tunggu "Statement" dari Nurul pula..!!! APa kata anda !?