Nampaknya Ady Putra sudah menghidu bertapa indah dan bahagianya hidup di Malaysia, walaupun beliau sudah berkahwin dengan gadis rakyat Malaysia tetapi Ady Putra masih menggunakan pasport pelancong untuk memudahkan beliau bergerak dan berkerja di Malaysia.
Semoga dengan niat beliau ini akan ada pihak yang akan mempermudahkan niat beliau kembali ke Negara asal, jika menurut cerita Ady Putra mengenai neneknya yang berasal dari selangor sebelum berhijrah ke Seberang.Di bawah Zoom sertakan beberapa perenggan cerita Ady mengenai keluarganya...
Baca Selanjutnya
Tambah Ady, pertaliannya dengan Malaysia bukanlah sesuatu yang asing dalam salasilah keluarganya. Malah, dia mengakui arwah neneknya juga berasal dari Selangor, Malaysia.
"Perkara ini mengingatkan saya kepada cerita tentang hasrat arwah nenek sebelum dia meninggal dunia dulu.
HIBURAN
Selasa Februari 2, 2010
Ady Putra Ingin Terus Menetap Di Malaysia
Oleh WAHIDUZZAMAN
Ady punya hasrat untuk terus menginap di Malaysia. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
AKTOR kelahiran Singapura, Ady Putra bersyukur di atas peluang dan platform yang ada sehingga membolehkannya mencipta nama dan mendapat rezeki di bumi Malaysia. Kini, setelah tujuh tahun menetap di Malaysia, Ady mengakui teringin untuk terus kekal menginap di Malaysia.
Menurutnya, selama tujuh tahun berada di Malaysia, dia semakin serasi dan selesa dengan negara ini. Lebih manis, dia turut bertemu jodoh dengan wanita Malaysia.
"Sudah tujuh tahun saya bertapak di Malaysia dan sehingga hari ini, saya masih menggunakan status pelancong untuk urusan kerja dan tinggal di sini.
"Tapi, saya kerap juga berulang alik ke Singapura kerana keluarga masih di sana. Memandangkan isteri adalah orang Malaysia, memang saya terfikir untuk memohon taraf Penduduk Tetap (PR) di Malaysia.
"Sepanjang tempoh tujuh tahun ini, saya harus mengemaskini pasport saya setiap tahun bagi melancarkan urusan kerja dan pergerakan saya di sini," katanya memecah bicara.
Tambah Ady, pertaliannya dengan Malaysia bukanlah sesuatu yang asing dalam salasilah keluarganya. Malah, dia mengakui arwah neneknya juga berasal dari Selangor, Malaysia.
"Perkara ini mengingatkan saya kepada cerita tentang hasrat arwah nenek sebelum dia meninggal dunia dulu.
Salasilah keluarga Ady bukanlah asing dengan Malaysia kerana arwah neneknya berasal dari Selangor, Malaysia.
"Menurut cerita keluarga, arwah nenek adalah orang Selangor, Malaysia sebelum dia berkahwin dan menetap di Singapura.
"Sebelum meninggal arwah nenek pernah berkata, dia dapat rasakan satu hari nanti pasti ada keturunannya yang akan kembali ke Malaysia dan menetap di sini.
"Walaupun kisah itu disampaikan sebelum saya lahir lagi. Kini setelah saya bekerja dan tinggal di sini, perkara itu seperti menjadi satu kenyataan pula.
"Malah, saya juga tidak nafikan, ia seolah ketentuan takdir yang indah. Saya bertemu jodoh dan mencari sumber rezeki di Malaysia.
"Memang saya teringin nak duduk terus di Malaysia. Cuma proses itu memakan masa dan melalui pelbagai prosedur. Kita tunggu dan lihatlah," kata Ady yang cukup mengkagumi bakat dan karisma aktor Johnny Depp.
Zoom: Apa kata anda ?