Memaparkan catatan dengan label Ady Putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ady Putra. Papar semua catatan

Julai 31, 2012

Panas : ADY PUTRA DITIPU RM19,000

Pelakon lelaki kelahiran Singapura yang popular di Malaysia, Ady Putra, 31 dikhabarkan telah mengalami kerugian sebanyak RM19,000 kerana ditipu melalui pelaburan yang disertainya melalui internet. Menurut Ady Putra dia telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk disiasat.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,”

Menurut pelakon kacak tersebut, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan pihak polis menasihati beliau supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat beliau sendiri.
“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,”

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mei 17, 2012

Panas : Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya, Aida Yusof !!?

Gambar bersama isteri semasa mengerjakan umrah bersama

Ini post yang ketiga ZoOM bercerita mengenai kisah perceraian dan bakal bercerai artis, terbaru yang ZooM baca dalam akhbar hari ini mengenai pelakon daripada seberang, Ady Putra,31 yang dikatakan memfailkan kes perceraian dimahkamah syariah pada 1 Mei lalu.

Ketika ditanya wartawan, Ady Putra tidak ingin bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi yang pasti tidak ada persefahaman diantara mereka.

Dan beliau menafikan isu tidak ada anak atau kehadiran orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri.

Sama dengan post ZoOM sebelum ini, semoga pasangan ini memikirkan semula keadaan anak-anak dan jangan terlalu mengikut emosi semata. Sesungguhnya setiap masalah pasti

September 26, 2010

Ady Putra Mungkin Akan Berlakon Bersama Shah Rukh Khan Dalam Don 2

Pemilihan Ady Putra bersama beberapa lagi pelakon Malaysia yang masih khabarnya telah dilakukan sendiri oleh pihak di sana yang mana ejennya sendiri telah menghubungi Ady Putra secara peribadi untuk membintangi filem tersebut. -Murai

Februari 03, 2010

(Cerita Artis) Ady Putra ingin menjadi rakyat Malaysia !!!


Nampaknya Ady Putra sudah menghidu bertapa indah dan bahagianya hidup di Malaysia, walaupun beliau sudah berkahwin dengan gadis rakyat Malaysia tetapi Ady Putra masih menggunakan pasport pelancong untuk memudahkan beliau bergerak dan berkerja di Malaysia.

Semoga dengan niat beliau ini akan ada pihak yang akan mempermudahkan niat beliau kembali ke Negara asal, jika menurut cerita Ady Putra mengenai neneknya yang berasal dari selangor sebelum berhijrah ke Seberang.Di bawah Zoom sertakan beberapa perenggan cerita Ady mengenai keluarganya...



Baca Selanjutnya

Tambah Ady, pertaliannya dengan Malaysia bukanlah sesuatu yang asing dalam salasilah keluarganya. Malah, dia mengakui arwah neneknya juga berasal dari Selangor, Malaysia.

"Perkara ini mengingatkan saya kepada cerita tentang hasrat arwah nenek sebelum dia meninggal dunia dulu.


HIBURAN
Selasa Februari 2, 2010
Ady Putra Ingin Terus Menetap Di Malaysia

Oleh WAHIDUZZAMAN

Ady punya hasrat untuk terus menginap di Malaysia. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

AKTOR kelahiran Singapura, Ady Putra bersyukur di atas peluang dan platform yang ada sehingga membolehkannya mencipta nama dan mendapat rezeki di bumi Malaysia. Kini, setelah tujuh tahun menetap di Malaysia, Ady mengakui teringin untuk terus kekal menginap di Malaysia.

Menurutnya, selama tujuh tahun berada di Malaysia, dia semakin serasi dan selesa dengan negara ini. Lebih manis, dia turut bertemu jodoh dengan wanita Malaysia.

"Sudah tujuh tahun saya bertapak di Malaysia dan sehingga hari ini, saya masih menggunakan status pelancong untuk urusan kerja dan tinggal di sini.

"Tapi, saya kerap juga berulang alik ke Singapura kerana keluarga masih di sana. Memandangkan isteri adalah orang Malaysia, memang saya terfikir untuk memohon taraf Penduduk Tetap (PR) di Malaysia.

"Sepanjang tempoh tujuh tahun ini, saya harus mengemaskini pasport saya setiap tahun bagi melancarkan urusan kerja dan pergerakan saya di sini," katanya memecah bicara.

Tambah Ady, pertaliannya dengan Malaysia bukanlah sesuatu yang asing dalam salasilah keluarganya. Malah, dia mengakui arwah neneknya juga berasal dari Selangor, Malaysia.

"Perkara ini mengingatkan saya kepada cerita tentang hasrat arwah nenek sebelum dia meninggal dunia dulu.
Salasilah keluarga Ady bukanlah asing dengan Malaysia kerana arwah neneknya berasal dari Selangor, Malaysia.

"Menurut cerita keluarga, arwah nenek adalah orang Selangor, Malaysia sebelum dia berkahwin dan menetap di Singapura.

"Sebelum meninggal arwah nenek pernah berkata, dia dapat rasakan satu hari nanti pasti ada keturunannya yang akan kembali ke Malaysia dan menetap di sini
.

"Walaupun kisah itu disampaikan sebelum saya lahir lagi. Kini setelah saya bekerja dan tinggal di sini, perkara itu seperti menjadi satu kenyataan pula.

"Malah, saya juga tidak nafikan, ia seolah ketentuan takdir yang indah. Saya bertemu jodoh dan mencari sumber rezeki di Malaysia.

"Memang saya teringin nak duduk terus di Malaysia. Cuma proses itu memakan masa dan melalui pelbagai prosedur. Kita tunggu dan lihatlah,
" kata Ady yang cukup mengkagumi bakat dan karisma aktor Johnny Depp.

Zoom: Apa kata anda ?

Mei 04, 2009

( Gambar ) : Ady Putra Zaman Remaja Dulu

Ini dia gambar pelakon drama popular, Ady Putra di zaman remaja.

Hehehehehhehe Putih Melepak Gak Bro Kite sorang ni...JUm Comment !!!!