Pelakon lelaki kelahiran Singapura yang popular di Malaysia, Ady Putra, 
31 dikhabarkan telah mengalami kerugian sebanyak RM19,000 kerana ditipu 
melalui pelaburan yang disertainya melalui internet. Menurut Ady Putra 
dia telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk disiasat.
“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,”
Menurut pelakon kacak tersebut, apa yang
 berlaku suatu yang bersifat peribadi dan pihak polis menasihati beliau 
supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media
 mahupun peminat beliau sendiri.
“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,”
