Perkara ini diperakui sendiri oleh Yuna apabila ditemuramah oleh Media hiburan semasa di majlis pelancaran 'Yuna Homecoming Concert 2012' di Tropicana Golf & Country Resort petang semalam :
“Buat masa sekarang, kami tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa bagi memberi ruang kepada saya dan dia untuk fokus dengan kerjaya masing-masing. Saya hormati Qi sebagai seorang pengacara dan pelakon dan begitu juga sebaliknya. Kami masih lagi berkawan baik.
“Malah dua tiga hari lalu kami ada lepak bersama dan hubungan kami cukup baik. Cuma mungkin kerana faktor jarak membuatkan kami mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing.
“Kalau ada jodoh, adalah tetapi buat masa sekarang saya lebih selesa untuk beri tumpuan pada kerjaya seni saya,”
Aabila ditanya status Yuna sekarang, dalam nada seloroh dengan spontan Yuna memberitahu;
“Saya ‘single but not available’”.Sesungguhnya jodoh dan pertemua hanya ia yang menentukan.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis