Ogos 03, 2012

Gempar : Rumah Aznil Nawawi Di Rompak !!

Berita terbaru mengenai rumah abang Aznil kita yang dirompak malam kelmarin dan mengakibatkan kerugian kira-kira 40 ribu. Dan kepada anda yang ingin berhari raya di Kampung nanti jadikan ia sebagai iktibar kerana walau dimana anda berada sifat tamak manusia sentiasa mengekori dan menghantui kita.

Kepada abang Aznil, kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan semoga perompak yang hanya mengambil jalan mudah ditangkap dan dikenakan balasan yang setimpal.

Dan berikut adalah berita daripada Mstar :

KUALA LUMPUR: Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Memetik laporan akhbar Kosmo! kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!