Ogos 14, 2009

(Celebrity News) 'BEBASKAN" Hadiah Hari Jadi Shila



Sememangnya pelancaran album sulung adalah hadiah yang paling bermakna sempena birthday Shila yang ke-19 pada hari ini," ujarnya yang menerima G10 Canon Semi SLR daripada bapanya, ND Lala sempena hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 13 Ogos.

Shila tidak dapat menahan sebak tatkala majlis pelancaran apabila mengenangkan pengorbanan keluarga terutama ibunya yang banyak berkorban sepanjang melibatkan diri dalam industri muzik.

"Memang adik-adik Shila yang lain agak terasa kerana perhatian dilebihkan kepada Shila. Pernah sekali Shila terdengar mereka merayu mama untuk masak walau hanya sambal ikan bilis kerana sudah lama tidak merasa air tangan mama," luahnya apabila ibunya kerap tiada di rumah kerana terpaksa menguruskan perjalanan karier Shila yang semakin berkembang.

"Mama selalu pesan kalau pergi mana-mana mesti nampak macam artis, kena jaga imej dan jangan terlalu simple," kata naib juara One In A Million musim kedua yang kini semakin matang dalam berfesyen.

Shila baru sahaja melancarkan album sulung Bebaskan bersama-sama syarikat rakaman Monkey Bone. Album yang memuatkan 10 buah lagu menampilkan komposer terkenal seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Shazee Ishak dan ramai lagi. Gabungan komposer-komposer ini sememangnya memberikan kelainan dalam industri hiburan tanah air masa kini.

Zoom KOmen: Semoga berjaya dik,Zoom doakan semoga album Sulung artis OIAm ni berjaya..Apa lagie gi la kedai beli :)