Memaparkan catatan dengan label Shila OIAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shila OIAM. Papar semua catatan

Disember 10, 2010

Shila Amzah Duta Terbaru SAFI BALQIS Perfect 10

Alhamdulillah dan rezeki menjadi duta produk yang semakin mendapat tempat dimata pengguna di Malaysia khususnya golongan wanita. Berita terbaru mengatakan Shila Amzah menjadi duta bari produk baru Balqis yang menerapkan unsur halal dalam produk mereka.

November 17, 2009

(Cerita Artis) Shila OIAM Ketepikan Cinta Demi Karier !!!


Boleh tahan juga si shila ni, hari ni Tajuk "Statement" ni keluar di akhbar online. Mungkin kerana terlalu banyak gossip-gossip liar diluar sana menyebabkan beliau mengeluarkan "Statement" seperti di atas.!!!

Zoom sebelum ini pernah mendengar suara lunak penyanyi ini di OIAM,boleh tahan juga minah ni.Dengan Pakej yang ada pada Shila boleh membuatkan Vip2,VVIP2 dan jejaka2 di luar sana terpikat.Apa-apa pun jum zoom statement shila mengenai Topic ini..!!! zoommmm...




Baca Selanjutnya

NAIB juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million (OIAM), Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, 19, sanggup mengetepikan soal cinta demi kerjaya nyanyiannya.

Shila sedar belum sampai masanya dia bercinta lebih-lebih lagi kerjaya dunia hiburannya sedang mula berkembang.

"Biarlah saya fokus kepada kerjaya saya dulu. Memang ada di kalangan artis dan orang biasa yang ingin memikat saya.

"Tetapi saya lebih mengutamakan kedua-dua ibu bapa dan kerjaya saya," kata Shila yang enggan menamakan lelaki-lelaki tersebut.Shila ditemui selepas membuat persembahan di konsert "FLY FM's 4th FLY-NIVERSARY"
yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama pada 14 November lalu.

Ditanya sama ada Datuk atau Tan Sri merupakan antara yang cuba menawan hatinya, Shila menafikannya sambil tersenyum.

Tidak menghairankan jika ramai lelaki cuba memikat Shila yang jelita ini. Selain bersuara lunak, anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala ini bernilai komersial.

Shila memberitahu dia terlibat dalam iklan TM Connect, Connectico, Clean & Clear, Hannah Montana untuk Disney Channel Malaysia.

Mengenai perkembangan terkininya, Shila berkata, dia akan menyertai konsert Everyone Connect TM pada 22 November ini.

"Dafi, Mila, Tomok dan Bunkface turut akan membuat persembahan pada konsert itu nanti,"
katanya yang baru mengeluarkan album ketiganya 'Bebaskanlah' oleh syarikat rakaman MonkeyBone pada 20 Ogos lalu.

Lain-lain album Shila termasuk Sha-hila (EMI, 2005) dan Ost 5 Jingga (EMI, 2008). Single Shila termasuk Saat Bahagia (2005), Kita Berdansa (Loco Loco) (2005), Yang Teristimewa (2005), E-Mel Darimu (2005), Memori Tercipta (2008), Bebaskanlah Alam's Story (2008), Tidak Minta Popular (2008), Berteman (2008) dan Remaja (2008).

Selain itu, Shila memberitahu dia akan berduet dengan satu kumpulan muzik dari Indonesia, RAN menerusi lagu berjudul 'Tunjukkan Cintamu".

"Saya akan menyanyi dalam Bahasa Indonesia. Sebenarnya, kalau dari segi sebutan, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia hampir sama sahaja,"
katanya yang tidak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam Bahasa Indonesia.

Shila juga telah berkolaborasi dengan Dafi dari Akademi Fantasia 5 dalam pembikinan lagu baru 'Rentak Optimis' akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi itu.

Zoom: Apa Komen Anda mengenai Gadis OIAM ini..!?

Ogos 14, 2009

(Celebrity News) 'BEBASKAN" Hadiah Hari Jadi Shila



Sememangnya pelancaran album sulung adalah hadiah yang paling bermakna sempena birthday Shila yang ke-19 pada hari ini," ujarnya yang menerima G10 Canon Semi SLR daripada bapanya, ND Lala sempena hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 13 Ogos.

Shila tidak dapat menahan sebak tatkala majlis pelancaran apabila mengenangkan pengorbanan keluarga terutama ibunya yang banyak berkorban sepanjang melibatkan diri dalam industri muzik.

"Memang adik-adik Shila yang lain agak terasa kerana perhatian dilebihkan kepada Shila. Pernah sekali Shila terdengar mereka merayu mama untuk masak walau hanya sambal ikan bilis kerana sudah lama tidak merasa air tangan mama," luahnya apabila ibunya kerap tiada di rumah kerana terpaksa menguruskan perjalanan karier Shila yang semakin berkembang.

"Mama selalu pesan kalau pergi mana-mana mesti nampak macam artis, kena jaga imej dan jangan terlalu simple," kata naib juara One In A Million musim kedua yang kini semakin matang dalam berfesyen.

Shila baru sahaja melancarkan album sulung Bebaskan bersama-sama syarikat rakaman Monkey Bone. Album yang memuatkan 10 buah lagu menampilkan komposer terkenal seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Shazee Ishak dan ramai lagi. Gabungan komposer-komposer ini sememangnya memberikan kelainan dalam industri hiburan tanah air masa kini.

Zoom KOmen: Semoga berjaya dik,Zoom doakan semoga album Sulung artis OIAm ni berjaya..Apa lagie gi la kedai beli :)