Memaparkan catatan dengan label Anang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anang. Papar semua catatan

April 27, 2011

Anang dan Ashanty Sedang Di Lamun Cinta !!

Kisah terbaru daripada seberang yang mengisahkan duda tengah laris bernama Anang kini sedang bercinta dengan seseorang gadis bernama Ashanty.Malahan pengakuan mereka didepan program TV di Indonesia mengejutkan peminat seni hiburan di seberang.

Nampaknya bekas suami Krisdayanti ini akan menamatkan zaman solonya lagi, ZOOM doakan semoga majlis dan perancangan akan menjadi kenyataan.

Dan berikut Info daripada Mstar Online mengenai pengakuan gadis bernama Ashanty dan Anang ketika ditanya wartawan :

ketika ditemu bual dalam rancangan Dahsyat dan disiarkan untuk tontonan berjuta-juta penonton di Indonesia.
Dalam rancangan itu Anang dilihat seperti tidak sengaja untuk membicarakan kisah cinta mereka sambil menanti jawapan daripada kekasihnya mengenai pengakuan tersebut.
Bagaimanapun Ashanty dilaporkan memberi jawapan berbelit-belit sehinggalah menimbulkan rasa tidak puas hati Anang.
"Ya... saya kan baru kenal dengan Anang. Jadi biar saja saya berkawan dengannya dahulu," kata Ashanty
Akibat jawapan itu, Anang telah meminta Ashanty berterus terang di hadapan

Mac 01, 2010

(Gossip) Anang bekas suami KD cium Syahrini !!

Wah...Ini baru lepas geram dekat bekas isteri, didepan ribuan malah jutaan manusia beliau mencium seseorang yang bukan mempunyai pertalian darah..!! Buat je la...jangan Artis Malaysia buat dah lah..

Duet Anang Hermansyah dan Syahrini tampil bersama di Majlis Dahsyatnya Awards, kelmarin. Syahrini yang mendampingi Anang membawakan lagu Jangan Memilih Aku itu terkejut apabila di akhir penampilannya apabila Anang tiba-tiba mencium pipi Syahrini. Menurut gadis berusia 28 tahun itu, ciuman yang diberikan Anang ketika di pentas adalah tanda terima kasih Anang terhadap dirinya. Dia juga menyambutnya dengan hati terbuka. Namun kejadian itu tidak dirancang oleh Anang ataupun Syahrini. Penyanyi lagu Bohong itu juga hanya mampu terkejut dan terdiam terhadap tanda terima kasih bekas suami Krisdayanti itu

Zoom: Apa kata anda ?

Disember 03, 2009

(Gossip Indonesia)Anang Mengaku Penceraiannya kerana Dia !!!


Kesian juga zoom tengok bekas suami KD ni, dengan bait-bait lagu terbaru didalam album "Separuh Jiwa Ku Pergi" sudah memadai menggambarkan kesedihan seseorang yang dicintai.Kalau sebelum ini panas kedengaran gossip KD Curang dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga bersama Anang, tetapi semalam Anang dengan rasa rendah diri mengaku yang beliau turut bersalah sehingga berlakunya penceraian.Malah Anang sendiri ingin bertemu dengan bakal Kekasih baru KD, Jum kita Zoom Statement Artis Dari Seberang ini...!!



Baca Selanjutnya

Teringin Bertemu Teman Baru KD

Pudar sudah episod duka, fokus Anang kini tertumpu kepada kerjaya seni dan anak-anaknya. Biar dengan siapa sekali pun bekas isterinya itu berpacaran, Anang kini lebih bersikap terbuka.

Padanya, kenangan melayari bahtera perkahwinan selama 13 tahun itu biarlah tersimpan erat di dalam kotak ingatannya sahaja.

"Apa yang penting kini adalah untuk terus berkarya kerana itu adalah jiwa saya.

"Mungkin kalau saya seorang penulis, barangkali saya sudah menulis sebuah buku untuk berkongsi perasaan saya. Memandangkan saya seorang seniman, muzik dan lagu adalah saluran terbaik buat saya meluahkan perasaan yang terbuku di hati,"
jelas Anang.

Beralih perbualan kepada kesediaannya untuk melihat Kris menjalani hidup baru, Anang berkata bahawa segala yang berlaku telah direncanakan oleh Kris.

Di akhir bicara, Anang turut menyuarakan keinginannya untuk bertemu dengan siapa jua yang bakal bertakhta di hati Kris kelak.

"Saya mendoakan yang terbaik buat Yanti dan semoga dia cepat bertemu jodoh. Sekiranya dia sudah ada calon, saya teringin sekali untuk bertemu dengannya.
"Saya juga teringin sekali bertemu dengan Yanti di dalam satu majlis. Mungkin, jika dia berkahwin satu hari nanti, saya tidak keberatan untuk menghadirinya. Biarpun kami telah berpisah Yanti tetap ibu kepada anak-anak saya,"
jelas Anang.

Zoom : Apa Komen anda, kalau Anang ini mengaku kesilapannya. Anda di luar sana berani tak? Terutamanya artis-artis kita masa ni, senyap dan bisu ada lah..!!! APa kata anda mengenai Anang dan Topic ini !!?

Oktober 31, 2009

(Gossip Indonesia) Anang temui Kekasih baru !!!!


SETELAH rasmi menjadi duda, Anang Hermanshah sebenarnya sudah bebas untuk mencari pengganti Krisdayanti, jika ada.

Ketika media bertemu Anang pada majlis Bikeholic di Pantai Karnaval, Ancol, Anang hadir bersama dua anaknya itu untuk berwawancara dengan beberapa pihak wartawan.



Baca Selanjutnya

Persoalannya, Anang telah membawa seorang wanita yang turut mengikutinya bersama anak-anak. Kelihatan seperti wanita itu begitu akrab dengan anak-anak Anang.

Ramai yang membuat spekulasi mengatakan wanita itu mungkin akan menjadi pengganti Krisdayanti. Ketika ditanya tentang hal itu, Anang enggan memberi sebarang komen.

“Sudah-sudahlah, tak perlu lagi mahu berbicara tentang hal ini. Saya sudah penat,” kata penyanyi Separuh Jiwaku Pergi.

Didesak lagi dengan soalan mengenai perancangan bekas isterinya yang mahu membuat sidang media khas mengenai punca penceraian mereka, Anang juga enggan mengulas lanjut dengan hanya berkata “ Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Saya tak mahu komen lagi.”


Info: Metro

zoom komen: zoom ada terbaca di dalam laman gossip indonesia, gadis tersebut dari bali..mungkin sudah jodoh Anang dengan gadis bali..!!! apa pun semoga bakal ibu anak-anak KD ini seseorang yang mempunyai sifat keibuan..Apa komen anda ?


Oktober 28, 2009

(Gossip Indonesia) Lagu Baru Anang Luahan Hati kepada KD !!!


Anang Hermanshah meluahkan apa yang terbuku di dalam dirinya selepas menghadapi masalah rumah tangga dengan Krisdayanti dalam album baru berjudul Separuh Jiwaku Pergi.

Orang kata kalau pencipta lagu melalui saat-saat getir dalam jiwa dan diluahkan dalam lagu, nyanyiannya pasti penuh penghayatan.

Anang juga mencipta lagu dengan sepenuh jiwa. Dengarkan saja lagu Separuh Jiwaku Pergi yang berkisar pasal seorang wanita yang menghianati cinta si lelaki.

Benarku mencintaimu, Tapi tak begini, Kau khianati hati ini, Kau curangi aku, Kau bilang tak pernah bahagia, Selama dengan aku, Itu ucap bibirmu, Kau dustakan semua, Yang kita bina, Kau hancurkan semua...




Baca Selanjutnya

Itulah antara luahannya. Lagu-lagu lain yang dimuatkan, Belajarlah Untuk Cinta, Hujan Pun Menangis, Sakit, Bila Cinta Tak Dosa dan Hidup Ini Rahasia juga menceritakan luahan hati lelaki yang dikecewakan oleh wanita yang dicintai.

Lagu-lagu dalam album edaran SRC ini seolah-olah satu cerita panjang pasal kekecewaan hati Anang. Belajarlah Untuk Cinta menceritakan hati lelaki yang meminta si wanita belajar cara untuk mencintai kerana cinta sejati itu ibarat satu anugerah.

Hujan Pun Menangis pula satu perlambangan hujan yang menangis dan cinta ditelan dunia untuk menunjukkan betapa luka dan tergurisnya hati si lelaki apabila cinta yang diberikan sepenuh jiwa dan raga akhirnya hilang kerana semakin lama semakin tidak faham apakah kehendak si wanita.

Anang menulis, samudra... takkan cukup menulis inginmu, kau liarkan nafsu duniamu dalam lagu ini.

Sakit pula menceritakan kehancuran hati si lelaki apabila dihancurkan oleh wanita yang disifatkanya sebagai sakit dan payah dimengertikan.

Baitnya antara lain berbunyi:


Kau bilang tak pernah bahagia selama ini, kau hidup denganku dan kau bilang tak akan bahagia hidup terus denganku, kamu sakit, aku lebih baik pergi, tak bisa lagi aku hidup dengan caramu.

Di sinilah kreatifnya pencipta lagu yang boleh membawa kedukaan yang dirasai di dalam bentuk lagu yang dijadikan hiburan namun sebenarnya dia ingin luahkan apa yang terbuku di dalam hati sekali gus menyampaikan apa yang dirasainya kepada insan tertentu.

Info :Mangga

Oktober 25, 2009

(Gossip Indonesia) Anang cari gadis Bali sebagai pengganti KD !!1


SEJAK kebelakangan ini, Anang dan dua orang anaknya dikatakan kerap menghabiskan masa di Bali.

Bekas suami kepada Krisdayanti (KD) itu juga mendedahkan bahawa dia berminat untuk bertemu jodoh dengan gadis Bali.

"Saya ingin tubuhkan studio di Bali dan ingin mencari gadis Bali," ujar Anang seperti yang dilaporkan di dalam laman web Detik Hot.




Baca Selanjutnya

Kata Anang, keadaan di Bali amat jauh berbeza dengan ibukota. Akuinya, dia bernasib baik kerana anak-anaknya juga menyukai tempat tersebut dan sering mengajak Anang kembali ke sana.

Anang akhirnya terfikir untuk mencari peluang menjalankan bisnes di sana. Ditanya sama ada dia sudah bertemu dengan gadis Bali yang sesuai, Anang menjawab:

"Belum ada lagi."

Info : Mstar
Detik
Zoom KOmen: Semoga bakal pengganti KD pandai menjaga anak dan menilai erti seorang suami..Apa Kata anda ?

Oktober 23, 2009

(Gossip Indonesia) Anang-Kris Dayanti Secara rasmi bercerai semalam


HUBUNGAN suami isteri Anang Hermansyah dengan Krisdayanti (KD) sudah pun berakhir secara rasmi semalam.

Pihak Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan telah mengesahkan pendaftaran cerai yang dibuat oleh KD sewaktu bulan Ramadan lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka, Anang dan KD tidak hadir dan hanya diwakili kuasa hukum mereka.




Baca Selanjutnya

HUBUNGAN suami isteri Anang Hermansyah dengan Krisdayanti (KD) sudah pun berakhir secara rasmi semalam.

Pihak Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan telah mengesahkan pendaftaran cerai yang dibuat oleh KD sewaktu bulan Ramadan lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka, Anang dan KD tidak hadir dan hanya diwakili kuasa hukum mereka.

Zoom Komen: Walaupun bukan suami isteri lagi, janganlah anak-anak di biarkan. Sebesar mana sekalipun kesalahan ibu, syurga tetap si bawah telapak kaki ibu. Zoom faham situasi dan emosi yang menghantui Anang ni, mana tak nya, percintaan dan perkahwinan yang disemai dengan benih-benih indah namun gerhana di tengah jalan..!!! Apa Komen Anda..!!?

Oktober 22, 2009

(Gossip Indonesia) Lirik lagu baru Anang disindir Krisdayanti !!!!


Dalam satu acara musik yang dihoskan Luna Maya, Raffi Ahmad, dan Olga Saputra itu, Krisdayanti telah menyindir lirik lagu baru Separuh Jiwaku Pergi, yang dicipta dan dinyanyikan Anang. Setelah habis saja acara muzik itu, Krisdayanti tergesa-gesa menuju keretanya mungkin disebabkan takut diwawancara para media.



Baca Selanjutnya

Krisdayanti yang sedang menjalani proses perceraian dengan penyanyi/komposer Anang Hermansyah selalu memanfaatkan kamera TV untuk menyampaikan pesanan kepada kedua buah hatinya tersebut. Krisdayanti memendam segala kesedihan sebagai seorang ibu dan terpaksa redha dengan ketentuan takdir.

Kini, Krisdayanti hanya mampu mengetahui perkembangan kedua anaknya, Aurel dan Azriel, melalui program TV. Krisdayanti akui ia terus terputus komunikasi dengan Aurel dan Azriel semenjak berpisah dengan Anang dan hanya boleh berdoa saja.

September 16, 2009

(Gossip) Anang akan maafkan Krisdayanti Masa Raya !!!


PINTU kemaafan tetap terbuka menjelang Syawal yang tinggal beberapa hari lagi.

Kemuliaan hari lebaran yang akan menjelang mungkin mampu memadamkan api kemarahan penyanyi Anang Hermansyah yang sebelum ini melarang Krisdayanti menemui kedua anaknya Aurel, 12 tahun, dan Azriel, 10 tahun.

Menurut laporan media di sana, di hari lebaran nanti Anang pasti akan memberi kemaafan atas kekhilafan isterinya, penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti (KD) yang meminta cerai beberapa hari sebelum Ramadan lalu.

Namun kemaafan itu tidak bermakna proses perceraian akan terhenti. Ini adalah kerana Anang sudah menjatuhkan talak tiga ke atas KD.

Mengikut perancangan, sehabis saja selesai lebaran, proses perceraian akan dipanjangkan ke pejabat agama.

Anang juga bercadang membawa anak-anaknya makan angin ke Bali pada hari raya nanti.

Kata Anang, anak-anak yang minta dibawa ke Bali dan akan berangkat ke sana pada 19 September ini dan akan menetap di pulau itu hingga awal Oktober.

"Saya dan anak-anak akan menyambut hari lebaran di sana," kata Anang yang berasal dari Jember, Jawa Timur ini.

Namun Anang tegas menafikan yang dia tidak memberi kesempatan untuk Krisdayanti bertemu kedua anak hasil perkahwinannya selama 13 tahun.

"Anak-anak sendiri yang tidak mau," jelas Anang.

Ketika ditanya kenapa ke Bali, Anang berkata dia harus memanjakan anak.

"Kalau bukan saya siapa lagi. Lagi pula antara Jember dan Bali dekat. Jadi Lebaran mungkin beberapa keluarga besar di Jember akan ikut ke Bali," katanya.

Dengan begitu, kata Anang, tradisi kumpul bersama keluarga untuk saling memaafkan tetap terjalin.

"Saya juga minta maaf, kerana banyak berbuat salah. Termasuk memberi maaf kepada Krisdayanti. Tidak mungkin tidak memaafkan," kata Anang.

Zoom Komen: Alhamdulillah Sempena Hari Raya Yang Mulia Sama-samalah kita bermaaf-maafan..!!!

September 03, 2009

(Gossip) Krisdayanti dan skandal Rahul Lemos Dan Luahan Suami !!!


Krisdayanti yang digosipkan dengan jutawan dari Timor Leste bernama Rahul Lemos, yang dikatakan menjadi punca penceraian Krisdayanti dan suaminya Anang dibantah tegas oleh Kris.

"Hati-hati bila berbicara tentang nama kerana ada pihak yang akan disakiti. Saya dan beliau hanya teman biasa saja," katanya yang ditemani Yuni Shara pada temubual itu.

Menurut Krisdayanti, dia mengakui Rahul menjadi penaja utama yang mengundangnya mengadakan persembahan di sana.

"Betul, memang Rahul yang menaja dan membawa saya ke Timor Leste. Dan juga membawa Dian HP Production, penari dan kru-kru lain," katanya.

Tambah Kris lagi, kunjungannya ke sana adalah sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu 'peribadi' Rahul yang juga sudah mempunyai isteri.

"Saya di sana menjadi tetamu negara. Empat hari di sana, saya selalu dikawal," ujarnya.

Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dia mula mengenali Rahul. Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha, isteri Rahul yang mengatakan suaminya beberapa kali mengadakan jamuan makan malam peribadi bersama Kris.

“Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia,”


itulah kata-kata Anang dengan nada yang sedih tentang hubungan beliau dengan Kris Dayanti kepada media.

Kris Dayanti telah dicerai talak tiga oleh suaminya iaitu Anang pada 19 Ogos lalu dan kes ini telah berlarutan ke mahkamah. Waw bukan calang-calang cerai, tapi cerai talak tiga. Memang tahap kesabaran Alang dah melampaui batas dan niat yang sangat keras ingin menceraikan Kris Dayanti.

Anak-anak Alang juga sedar dengan perlakuan Kris Dayanti yang semakin berubah. Dan Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Walaupun masih kecil tapi Aureillie kelihatan bijak dalam membahagikan mana baik dan salah.